Kill Switch – Ciri Keselamatan Terbaru Maybank

13/02/2023 by No Comments

Kill Switch ialah ciri keselamatan layan diri yang membolehkan anda melindungi dana daripada sebarang penipuan dalam talian dan meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian. Ia boleh didapati melalui aplikasi MAE dan web Maybank2u.

Apakah Ciri Kill Switch?

Jika anda mengesyaki bahawa anda salah seorang mangsa penipuan, anda boleh menggunakan ciri ini untuk menyahaktifkan akses Maybank2u buat sementara waktu. Anda kemudiannya akan dilog keluar serta-merta daripada semua sesi aktif.

Hal ini dapat menyekat sebarang percubaan log masuk seterusnya dan melindungi akaun anda. Dalam tempoh penyahaktifan, pelanggan tidak akan dapat log masuk ke M2U dan pengaktifan semula hanya boleh dilakukan selepas pengesahan berjaya melalui cawangan atau Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank.

Kelebihan Ciri Kill Switch

🎫 Melindungi dana dengan segera jika anda mengesyaki bahawa anda telah ditipu.
🎫 Mencegah transaksi yang tidak dibenarkan kerana penipuan dalam talian tidak akan dapat log masuk ke akaun Maybank2u anda.
🎫 Memastikan semua dana anda dilindungi (tiada pemindahan boleh dibuat melalui web/ aplikasi Maybank2u atau aplikasi MAE).
🎫 Meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian anda kerana pengaktifan semula akan memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Maybank Group Customer Care (MGCC) atau di mana-mana cawangan Maybank.

Bagaimana Kill Switch Berfungsi?

Sebaik sahaja anda menggunakan Kill Switch untuk menyahaktifkan akses Maybank2u, anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan web Maybank2u.

Dalam tempoh penyahaktifan ini, anda tidak akan dapat log masuk ke web atau aplikasi Maybank2u dan aplikasi MAE. Hal ini dapat menghalang penipuan dalam talian daripada mengakses akaun anda.

Anda juga boleh menyahaktifkan akses Maybank2u anda melalui aplikasi MAE dan web Maybank2u melalui cara yang Cik Min kongsikan di bawah.

A) Melalui web Maybank2u

1. Log masuk ke www.maybank2u.com.my.

kill switch

2. Pergi ke ‘SETTINGS’.

kill switch

3. Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’.

kill switch

4. Di bawah ‘DEACTIVATE M2U ACCESS‘, klik ‘DEACTIVATE’.

kill switch

5. Baca syarat dan klik ‘PROCEED’.

6. Tekan ‘CONFIRM’ untuk meneruskan.

kill switch

B) Melalui aplikasi MAE

1. Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘More’.

kill switch

2. Tekan ‘Kill Switch‘.

3. Pilih ‘Deactivate M2U access‘.

4. Baca syarat dan tekan ‘Deactivate Now‘.

5. Klik ‘Confirm’ untuk meneruskan.

kill switch

Jadi, begitu sahaja caranya untuk menggunakan ciri terbaharu ini pada akaun anda. Mudah sahaja kan? Dengan pengenalan ciri Kill Switch Maybank ini, Cik Min harap ia dapat mengurangkan kes penipuan dalam talian perbankan yang semakin aktif dari hari ke hari ini.

Selain itu, diharap juga agar bank-bank lain di Malaysia juga turut mengambil inisiatif yang sama agar isu penipuan dalam talian perbankan ini dapat ditangani demi menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kill Switch – Ciri Keselamatan Terbaru Maybank”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *