Kenali Insan Bernama Mat Luthfi

09/02/2023 by No Comments

Muhammad Luthfi Rohime atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi, merupakan seorang selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau lahir pada 23 Jun 1990 dan merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia. Jom kenali lebih lanjut tentang insan bernama Mat Luthfi ini!

Boleh dikatakan bahawa Mat Luthfi ini adalah antara “Content Creator” yang terawal di Malaysia yang mula mencipta fenomena sekitar tahun 2012 – 2014, apabila kebanyakan video YouTubenya telah membicarakan tentang pelbagai isu semasa yang menarik perhatian khalayak ramai dengan gaya penyampaian bersahaja.

Latar Belakang Pendidikan Mat Luthfi

Kenali Insan Bernama Mat Luthfi
Sumber: facebook.com/MatluthfiOfficial/

1. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun (2003-2005) dan berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007).

2. Bachelor of Architectural Science from Curtin University, Australia (2012).

3. Master of Architecture from Curtin University, Australia (2015).

4. Certificate of WISE (Worldview of Islam Series) Summer School from Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), University Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (2015).

Karya Ciptaan Mat Luthfi

  • Kenali Insan Bernama Mat Luthfi
  • Kenali Insan Bernama Mat Luthfi
  • 3
  • 4

Mat Luthfi juga merupakan seorang penulis dan setakat tahun 2018, berliau telah menulis sejumlah empat naskhah buku;

1. Catatan Mat Luthfi (2014).

2. Momen2 Mat Luthfi (2015).

3. Kisah 25 Filsuf Barat (2016).

4. Alegori Rumah Api (2017).

Antara anugerah yang pernah dimenangi beliau adalah seperti, “Video Viral Original Paling Popular” di Anugerah Lawak Warna 2013 dan “Aksi di Youtube Paling Popular” di ABPBH 2013.

Pencapaian | Kenali Insan Bernama Mat Luthfi

Rata-rata video yang dihasilkan beliau adalah bertemakan kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Selain unsur jenaka di dalam videonya, beliau turut menyelitkan unsur nasihat di dalamnya. Antara videonya yang mendapat jumlah tontonan tertinggi ialah “Drama-drama Sebelum Kahwin” yang dimuat naik 10 tahun yang lalu.

Saluran YouTubenya juga disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Jom kenali lebih banyak video menarik yang dihasilkan insan bernama Mat Luthfi di Saluran YouTube, MatLuthfi90.

kenali insan bernama mat luthfi
Sumber: youtube.com/@CikguUlwan

Pada tahun 2018, Mat Luthfi telah memulakan satu saluran YouTube baharu yang bernama ML Studio. ML Studio merupakan sebuah saluran yang memaparkan tentang pelbagai info pengetahuan am dan berita semasa dari dalam dan luar negara.

Dan pada tahun ini, hampir 10,000 video telah dimuat naik setakat ini di saluran berkenaan. Jadi, korang tunggu apa lagi? Pergi cepat follow dan subscribe YouTube Mat Luthfi!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kenali Insan Bernama Mat Luthfi”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *