Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba

27/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, anjing mempunyai kemampuan deria bau yang luar biasa, iaitu lebih kurang 10,000-100,000 kali ganda lebih kuat berbanding dengan manusia. Hal Ini dapat mengurangkan masa mencari dan menyelamat mangsa-mangsa. Manakala anjing pengesan juga mengurangkan risiko petugas semasa operasi. Setiap ekor anjing dianggarkan bernilai RM110,000. Jom kita kenali anjing K-9 pasukan bomba.

Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba
Gambar Sumber BFM Radio

Perbezaan antara unit K-9 Bomba dan Polis

Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba
Gambar Sumber BFM Radio

Anjing K-9 PDRM digunakan untuk membantu dalam siasatan kes jenayah, narkotik dan ancaman bom. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1968. Namun, JBPM pula menggunakan anjing K-9 untuk menjalankan operasi cari dan selamat (SAR). Unit ini pula, ditubuhkan pada tahun 2002.

Jenis Baka Anjing Unit K-9 Bomba

Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba
Gambar Sumber BFM Radio

Operasi Unit K-9 bomba mempunyai cabaran tertentu yang boleh diatas oleh baka anjing yang sesuai. Antara baka anjing K-9, ialah English Springer Spaniel, Border Collie, Labrador Retriever, German Shorthaired Pointer dan Belgian Malinois.

Baka anjing English Springer Spaniel sering digunakan oleh bomba dalam siasatan kebakaran. Hal ini demikian kerana, saiz badannya yang lebih kecil mampu bergerak pantas dan menyelit di ruang-ruang yang sempit. Anjing ini juga merupakan, salah satu baka anjing yang mempunyai deria bau yang paling kuat.

Selain itu, baka Border Collie pula merupakan anjing yang terpintar di dunia. Hal ini demikian kerana, ia bijak mempelajari command baharu serta tangkas, atletik dan mempunyai stamina yang tinggi. Hal ini demikian kerana, baka ini asalnya dibiakkan untuk menggembala kambing biri-biri.

Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba
Gambar Sumber BFM Radio

Selanjutnya, kenali anjing K-9 pasukan bomba iaitu baka Labrador Retriever yang mempunyai kaki berselaput (webbed feet) dan pandai berenang. Ia mempunyai lapisan bulu yang tebal dan kalis air. Anjing baka ini merupakan anjing yang suka bekerja dengan manusia dan mempunyai personaliti yang sosial.

Dalam hal ini, ia menjadikannya anjing pandu (guide dog) yang paling popular. Labrador berwarna kuning dan hitam selalunya digunakan kerana sifat mereka yang mudah dilatih serta kurang agresif berbanding Labrador coklat.

Gambar Sumber BFM Radio

Seterusnya, baka German Shorthaired Pointer merupakan anjing yang pandai berenang kerana mempunyai kaki berselaput. Ia juga merupakan anjing buruan yang serba boleh dan versatil dalam semua aspek pemburuan serta sangat berdikari dan cekal.

Akhir sekali, jom kita kenali anjing K-9 pasukan bomba iaitu baka Belgian Malinois yang bulu mereka sesuai bekerja dalam sebarang keadaan cuaca. Baka ini juga mempunyai naluri semula jadi untuk berkhidmat sebagai anjing pelindung. Belgian Malinois turut digunakan sebagai anjing servis (service dog) untuk OKU, warga emas dan sebagainya.

Untuk membaca lanjut tentang artikel kali ini, anda boleh klik di sini.

Jelaslah bahawa, terdapat pelbagai jenis baka anjing K-9 bomba serta kelebihannya tersendiri dalam menyelesaikan misi dan operasi tertentu. Dalam hal ini, unit K-9 banyak memberi sumbangan dalam pelbagai situasi jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita perlu bangga dengan kemahiran yang dimilikir oleh unit K-9.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang kenali anjing k-9 pasukan Bomba pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Kenali Anjing K-9 Pasukan Bomba ” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *