Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai

31/01/2022 by No Comments

Pada artikel yang lalu, Cik Min pernah berkongsi mengenai Persatuan Badminton Malaysia BAM telah memutuskan untuk menyekat Lee Zii Jia daripada bertanding dalam sebarang pertandingan antarabangsa yang melibatkan negara. Namun, baru-baru ini Cik Min dapat tahu bahawa kemelut BAM dan Lee Zii Jia telah selesai secara baik demi kepentingan negara.

Menerusi artikel kali ini, Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang status terkini pemain badminton negara kita, iaitu Lee Zii Jia. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Vocket dan Sinar Harian.

Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai

Lee Zii Jia Terima Restu BAM Jadi Pemain Profesional | Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai

Berdasarkan satu perkongsian di kapsyen Facebooknya, Zii Jia berkata beliau telah diberi ‘lampu hijau’ untuk bergelar pemain profesional selepas sesi bertemu secara bersemuka antara beliau, ahli keluarganya dan Presiden Persatuan Badminton Negara (BAM), Tan Sri Norza Zakaria pada 25 Januari yang lalu.

“Saya gembira dapat menyelesaikan isu dengan BAM ini selepas mendapat restu dari Tan Sri untuk menjadi pemain profesional. Kejayaan saya sebelum ini dan di masa akan datang tetap adalah produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih atas didikan dan tunjuk ajar Tan Sri serta memberikan saya peluang untuk berkhidmat buat negara. Buat masa ini, fokus saya adalah untuk pertandingan Kejohanan Berpasukan Asia (Asia Team Championships).”

Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai

Jin Wei Terima Restu yang Sama

Sementara itu, bekas juara dunia remaja Jin Wei turut diberikan ‘restu’ yang sama oleh BAM untuk meneruskan karier badmintonnya.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kedua-dua pemain kini dibenarkan berpisah dari badan induk sukan itu dengan persetujuan bersama tanpa sebarang tindakan lanjut dikenakan ke atas mereka.

Kedua-dua pemain negara itu juga layak mendaftar kejohanan antarabangsa berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, dalam perkara berkaitan Jin Wei, BAM bersetuju menerima peletakan jawatan (sebagai pemain kebangsaan) daripada bekas pemenang pingat emas Sukan SEA itu sebagai sah apabila beliau mengumumkan persaraannya atas sebab kesihatan pada September lepas.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis, Mohamad Norza berkata Perdana Menteri gembira apabila dimaklumkan bahawa penyelesaian secara baik berjaya dicapai antara BAM dan pemain.

“Kita telah maklumkan kepada beliau bahawa perkara ini sudah selesai, beliau sangat gembira. Perdana Menteri berkata isu melanda badminton yang juga antara sukan utama negara telah mendapat perhatian semua pihak.”

“Beliau turut memberikan motivasi kepada Zii Jia dan Jin Wei untuk melakukan yang terbaik demi negara walaupun sudah bergelar pemain profesional.”

Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai
Kemelut BAM dan Lee Zii Jia Selesai

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang kemelut BAM dan Lee Zii Jia selesai kali ini. Diharapkan para peminat badminton negara akan terus menyokong atlet-atlet kebangsaan kita dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *