Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali

15/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, baru-baru ini kita disajikan berita sedih mengenai kematian ibu muda bersalin 11 kali iaitu Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal dunia selepas kelahiran ke -11. Anaknya dilaporkan selamat sementara ibu muda ini mati syahid akhirat.

Fakta Mengenai Pemergian Ibu Muda Bersalin 11 Kali

Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali
Gambar Sumber Mingguan Wanita

Menurut rakan rapatnya yang dikenali sebagai, Nurhusna Kamarulzaman arwah mengandung anak ke -11 dan yang hidup 10 orang. Arwah berkahwin muda pada usia 18 tahun dan memang sukakan anak ramai. Kata arwah anak yang lahir atas dunia ini semua rezeki baginya. Kematiannya adalah akibat komplikasi plasenta stage 4 dan pembedahan kali ke 8.

Di samping itu, Mingguan Wanita telah mendapatkan pandangan dari Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi iaitu Dr Maiza Tusimin dari Pusat Perubatan Prince Court mengenai risiko kehamilan pembedahan dalam jumlah banyak begini.

Menurut Dr Maiza atau mesra disapa Dr Mai, secara jujurnya, bila mendengar seorang ibu bersalin czer buat kali ke empat pun dirinya sudah takut, apatah lagi jumlah ibu muda ini lapan kali. Menurut Dr Mai secara jujur, kali ke empat pun saya akan suruh ibu fikir panjang, apatah lagi ini lapan kali kerana banyak risiko boleh terjadi.

Menurutnyaa lagi, “walaupun kelengkapan kami di hospiltal swasta lengkap dan begitu juga di hospital kerajaan fasilitinya jauh mencukupi. Tetapi sebagai doktor, apa yang dirisaukan adalah uri melekat dengan parut pembedahan lama”.

Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali
Gambar Sumber Mingguan Wanita

“Bayangkan setiap kali kita potong perut, uri boleh melekat sebab berkali-kali dibuat. Jadi kalau kelahiran pra matang terjadi, arwah melahirkan pada minggu ke 32 dan risiko uri melekat pada bekas czer lebih tinggi”.

Ketika dihubungi beliau turut menyatakan bahawa, “kalau uri melekat pada rahim akan berlaku tumpah darah yang banyak. Dalam kes lain biasanya rahim ibu akan dibuang bagi mengelak risiko kematian”.

“Tapi dalam kes ibu muda ini, barangkali pendarahan sudah berlaku di rumah dan bila sampai ke hospital sudah berlaku pendarahan banyak. Segala usaha telah dilakukan dan nyawa ibu tidak dapat diselamatkanā€.

Jelaslah bahawa, bersalin czer melebihi kebiasaan akan mendatangkan resiko kehilangan nyawa bagi sang ibu. Oleh itu, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang sanggup bertarung nyawa untuk memastikan anak-anak selamat dilahirkan.

Untuk membaca lanjut tentang Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali , anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang kematian ibu muda bersalin 11 kali pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *