Kejadian Sentul Meletup Seakan Tragedi Sungai Buloh

27/04/2022 by No Comments

Kejadian yang berlaku pada petang semalam, di Sentul, telah menggemparkan seluruh negara. Kebakaran dan bunyi letupan yang berlaku di Stor Simpanan Polis, Sentul pada jam kira-kira 6.30 petang itu, dipercayai berpunca daripada mercun yang telah disita dan disimpan di dalam stor. Isu ini tular di media sosial apabila ramai yang berkongsi dan memuat naik gambar serta video kepulan asap. Kejadian Sentul meletup ini juga diakatakan seakan-akan tragedi Sungai Buloh oleh beberapa pengguna media sosial.

Sumber: Twitter

Sebuah sekolah dan beberapa rumah juga dilaporkan terkesan dengan kebakaran tersebut. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tiga pekerja pembersihan yang mengalami cedera ringan dalam kebakaran itu, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Mangsa telah cedera ketika menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di stor tersebut.

Menurutnya, ketika sedang membersihkan kawasan itu, api dilaporkan memercik secara tiba-tiba di dalam tong sampah RORO (Roll On Roll Off), yang digunakan untuk menempatkan sisa pelupusan, sebelum berlaku beberapa siri letupan dipercayai oleh mercun tersebut.

Kejadian Sentul meletup ini juga melibatkan stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi ini terbakar sebanyak 30% struktur bangunan, dan 80% peratus kawasan terbuka yang membabitkan 50 buah kenderaan.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang, dan seterusnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul menghantar jentera ke tempat kejadian. Pihak bomba Sentul turut dibantu oleh BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak, dan BBP Wangsa Maju. Seramai 60 anggota dan tiga jentera FRT, satu jentera FLRT, tiga trak air, satu jentera ALP dan dua EMRS dikerah ke lokasi kejadian bagi memadamkan letupan tersebut.

Kebakaran tersebut dapat dikawal oleh pihak bomba pada jam 7.04 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, punca kebakaran dan kejadian Sentul meletup masih dalam siasatan.

•••

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.