Kedai Percuma Paknil

10/01/2022 by No Comments

Baru-baru ini, selebriti dan pengacara popular Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, mewujudkan Kedai Percuma Paknil! Cik Min dapat tahu, ia bermula dengan usaha mengumpul sukarelawan untuk misi banjir bagi membantu penduduk sekitar Bukit Canggang, Banting, Selangor dalam membina semula hidup baharu dan menyalurkan bantuan.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada portal BH Online. Mari ikuti perkongsian dengan lebih lanjut tentang Kedai Percuma Paknil di bawah.

Kedai Percuma Paknil

Kedai Percuma Paknil bantu mangsa banjir

Menerusi artikel di BH Online, Pak Nil berkata, kedai percuma ditempatkan di kawasan Bukit Canggang itu diwujudkan pada 30 Disember lalu.

“Sebelum ini, saya dihubungi pengikut dalam Instagram (IG) berkongsi sisi cerita mengenai kemusnahan kawasan berkenaan akibat banjir.”

“Jadi, ketika menjejaki kawasan ini, saya melihat ramai penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan tinggal sehelai sepinggang.”

Penyandang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sejak 2003 itu berkata, dia menyedari kawasan berkenaan terpinggir daripada pandangan ramai menyebabkan bantuan daripada orang ramai dan NGO agak berkurangan.

“Saya memulakan langkah menyediakan makanan dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan dikutip di kalangan pengikut media sosial. Saya berjaya menyediakan hampir 1,000 bungkusan makanan sehari kepada mangsa banjir. Selepas banjir surut, mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.”

“Ketika itu, saya tinjau dan amati penduduk kampung terpaksa mengumpul semula barangan dan membaik pulih rumah. Lebih menyedihkan, tiada barangan keperluan asas. Daripada situ, saya fikir kenapa tidak wujudkan kedai percuma,” katanya.

Bantu Golongan Memerlukan

Jelas Pak Nil lagi kepada Berita Harian Online, mangsa banjir boleh ke kedai berkenaan mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka.

“Saya mengalu-alukan barang keperluan yang boleh dihantar terus ke Kedai Percuma Paknil sana atau menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

“Jadi, bolehlah saya menambah barang keperluan asas ini. Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan wang ringgit boleh ke akaun IG saya untuk menyemak butiran nombor akaun bank.

“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai, NGO, pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.

Sementara itu, mengulas kerja misi kemanusiaan, Pak Nil berkata, air matanya berjuraian tanpa diduga.

“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga melalui ujian ini. Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh. Saya perlu melakukan sesuatu bagi membantu mereka membina hidup kembali.”

Terdahulu, Pak Nil menggunakan akaun media sosial seperti IG dan TikTok untuk mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.

“Rakyat Malaysia sangat pemurah. Hari pertama umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan diterima sungguh luar biasa.”

“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana disalurkan ini diagihkan kepada wakil di sana. Walaupun tidak banyak diterima setiap mangsa, namun sekurang-kurangnya mereka tahu seluruh negara turut bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.”

“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini.”

Kedai Percuma Paknil

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang Kedai Percuma Paknil kali ini. Diharapkan jasa dan sumbangan yang Pak Nil berikan ini dapat menjadi contoh teladan kepada rakan artis yang lain.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Travel, Trend dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *