Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka | Bruh Kitchen

01/08/2022 by No Comments

Di area MITC Melaka ni, dekat mana agaknya kita boleh jumpa kedai makan yang best dan sedap? Tak syok la kalau pergi bercuti, tapi tak dapat nak rasai hidangan yang best-best kan? Bak kata orang, waktu bercuti di Melaka inilah kita kena cari kedai makan yang sedap-sedap, terutamanya di area MITC, Ayer Keroh.

Nanti bila dah balik daripada bercuti, bolehlah share dengan kawan-kawan tentang aktiviti-aktiviti yang korang lakukan, dan list kedai makan sedap di MITC Melaka untuk mereka cuba sendiri. So, korang dah ready nak tahu ke belum? Okay, drumroll

Untuk yang masih belum tahu, Cik Min recommend sangat supaya korang pergi ke salah satu kedai makan sedap di MITC Melaka yang dikenali sebagai, Bruh Kitchen! Terdapat pelbagai menu hidangan western yang sesuai untuk seisi keluarga korang cuba, sambil bersantai bersama.

Siapa Bruh Kitchen? | Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka

Bruh Kitchen ini diasaskan oleh 5 orang rakan perniagaan. Lebih menarik, apabila salah seorang daripada mereka merupakan seorang chef berpengalaman yang pernah bekerja di dalam bidang Food and Beverage (F&B) di Singapura. Fuhhh, bukan calang-calang orang ni…

Bruh Kitchen juga telah beroperasi selama 3 tahun dan telah membuka dua cawangan yang berbeza di Melaka. Salah satunya berada di MITC, Ayer Keroh dan lagi satu cawangan mereka pula berada di Durian Daun.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Di Bruh Kitchen ini, mereka menggunakan konsep ala-ala western Texas barbeque tau! Cik Min percaya, di area Melaka ni masih tiada lagi konsep Texas Barbeque yang diketengahkan. Menarik kan?

Menu-menu di Bruh Kitchen

Sekarang, korang dah tahu tentang kedai makan Bruh Kitchen yang sedap di MITC Melaka ni kan? Cik Min pasti, mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu tentang menu-menunya pula. Kena pula konsep yang mereka ketengahkan tu ala-ala western Texas Barbeque … Memang makin penasaranlah korang semua, tak gitu? Haha!

Baiklah, untuk korang yang sedang merancang untuk mencuba hidangan western di Bruh Kitchen, di sini terdapat beberapa menu yang boleh korang cuba! Jom tengok list Cik Min di bawah:

1. Set Beginner | Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka

Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Set beginner ini merupakan menu utama Bruh Kitchen. Senang cerita, menu ini memang dicipta untuk pasangan couple! Tapi kalau korang single mingle, boleh je order dan makan sendiri tanpa perlu berkongsi. Yang penting, kenyang!

Dalam Set Beginner ini, korang akan dapat 100g Smoked Beef Brisket, 100g Smoked Pulled Lamb, 1pc Grilled Chicken, French Fries, Mashed Potatoes & Sauteed Veggies.

2. Hantu Kambing

Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Bagi peminat daging kambing macam Cik Min, korang wajib order set Hantu Kambing ni tau! Tak perlu ragu-ragu, sebab rasanya memang sedap, smoky dan berjus! Ditambah pula dengan sauce barbeque khas daripada Bruh Kitchen yang mantap tu, memang terangkat.

Memang berhantu betul set Hantu Kambing ini … Kalau melepas, mahu nightmare tidur malam korang nanti.

3. Beef Brisket Menangis | Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka

Kedai Makan Sedap di MITC Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Beef Brisket ini juga merupakan salah satu menu popular di Bruh Kitchen. Bagi korang yang tak tahu nak order menu apa, Cik Min sarankan untuk ambil set Beef Brisket Menangis ni. Confirm korang akan makan sambil menangis punya!

“Eh, biar betul je Cik Min ni … Kenapa pula sampai menangis?”

Korang akan menangis, sebab rasa beef brisket ni sangat lembut dan senang untuk dimakan! Selain itu, rasa daging tersebut juga teramatlah juicy sehingga perapannya boleh dirasai. Memang puas hatilah bak kata orang…

4. Set Lain Macam

Kedai Makan Sedap Di MITC Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Bagi korang yang teringin nak rasa daging kambing, tetapi tidak mahukan ia sebagai hidangan utama, boleh cuba Set Lain Macam ni. Dalam set ni, korang akan dapat tiga jenis protein berbeza iaitu grilled chicken, smoked beef dan juga smoked pulled lamb. Jadi, korang boleh rasa kesemua jenis protein yang ada di Bruh Kitchen.

Untuk pengetahuan korang, smoked pulled lamb dalam set ini telah siap dicarik untuk memudahkan anda makan tau! Ia sememangnya lembut dan cair di mulut. Bukan itu je, set ni kalau nak makan dan share ramai-ramai pun memang berbaloi.

5. Nasi Lemak

Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Nasi Lemak ini merupakan menu yang baru direlease di Bruh Kitchen! Nasi Lemak di Bruh Kitchen ini sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain, kerana ia turut dihidangkan bersama menu ala-ala western Texas Barbeque.

Antara menu yang available ialah, Nasi Lemak Brisket, Nasi Lemak Grilled Chicken, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Kambing Racik. Rugi kalau tak cuba…

Ha, amacam? Menarik tak perkongsian Cik Min kali ni? Lepas ni, korang dah tak payah pening-pening lagi nak cari kedai makan sedap di MITC, Melaka. Waze je Bruh Kitchen MITC, insyaAllah sampai! Apa yang pasti, kalau dah berkunjung ke Bruh Kitchen tu, jangan lupa buat Insta Story dan tag Bruh Kitchen ya.

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Kedai Makan Sedap di MITC Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *