Kedai Makan Area MITC | Semestinya Bruh Kitchen

01/08/2022 by No Comments

Sejak dua menjak ni, tekak semacam teringin nak makan hidangan ala-ala western. Kalaulah boleh dapat hidangan best macam Grilled Chicken, Lamb Ribs, atau beraneka spaghetti pun best juga ni! Memang Cik Min senyum sampai ke telingalah jawabnya. Korang nak ke, kalau Cik Min share tentang satu kedai makan western yang best di area MITC, Melaka ni?

Kita ni kalau teringin sesuatu, tapi tak ada usaha nak dapatkan pun, tak guna juga tau u ollsss

Apa kata, kita sama-sama serang kedai makan area MITC yang Cik Min nak reveal ni? Cik Min tahu sangat, ramai di antara korang yang suka plan trip balik hari ke Melaka every weekend, semata-mata nak food hunting kan? Ada pula tu, alik-alik makan di tempat yang sama je … Boring!

Tapi jangan risau, sebab Cik Min dah jumpa satu port kedai makan di area MITC yang boleh korang cuba, iaitu Bruh Kitchen! Mereka ini merupakan sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan western ala-ala Texas Barbeque tau. Fuh, memang lain daripada yang lain…

Istimewa Bruh Kitchen | Kedai Makan Area MITC

Bruh Kitchen ini sememangnya istimewa, bukan kerana konsep western ala-ala Texas Barbeque sahaja ya. Namun, ia turut digelar istimewa kerana memiliki tenaga kerja, iaitu seorang chef yang berpengalaman di dalam bidang makanan (F&B) semasa bekerja di Singapura suatu ketika dahulu.

Bukan senang nak dapat merasa air tangan seorang chef ni. Kebiasaannya, kalau kita ke hotel ataupun restoran berbintang tinggi, barulah dapat merasa … Tapi kalau korang tak nak ke tempat mahal sebegitu, datang aje ke Bruh Kitchen!

Info tambahan untuk korang, Bruh Kitchen juga telah beroperasi selama 3 tahun dan kini, sudah mempunyai dua cawangan berbeza di Melaka. Satu di MITC, Ayer Keroh, dan satu lagi di Durian Daun. Korang boleh pilih cawangan untuk dikunjungi mengikut keselesaan ya.

Kedai Makan Area MITC
Teknik memasak daging secara ‘smoked’ menggunakan kayu api.

Antara keistimewaan lain Bruh Kitchen ialah, mereka turut menawarkan menu hidangan gempak seperti Smoked Lamb Ribs dan Smoked Beef Brisket. Cara masakannya adalah dengan menggunakan kayu api serta teknik ‘smoked‘ dalam menghasilkan hidangan daging yang lembut, berjus dan beraroma.

Kedua-dua menu ini dimasak menggunakan teknik ‘smoked‘ melalui smoker khas, selama 10-16 jam. Wow, part ni memang Cik Min terpegun sungguh! Tak sangka pula semata nak menghasilkan dua menu ni, sampai mengambil masa sebegitu lamanya. Senang cerita, memang rugi kalau tak cuba…

Bersantai di Bruh Kitchen | Kedai Makan Area MITC

Untuk korang yang suka bersantai dan lepak bersama kawan-kawan, Bruh Kitchen adalah tempatnya! Suasana di sini adalah berkonsepkan chill dan open. Jadi, korang bolehlah bersantai sambil makan-makan bersama kawan ataupun keluarga di kedai Bruh Kitchen area MITC ni.

Di Bruh Kitchen MITC ini juga sangat sesuai untuk sebarang small celebration, gathering, birthday feast, reunion dan sebagainya. Tempat parking pun mudah, luas dan banyak! Jadi, korang tak perlu risau kalau datang secara berkelompok.

Kedai Makan Area MITC
Pelanggan menyambut hari lahir di Bruh Kitchen.

Namun, kalau korang lebih sukakan konsep open dan outdoor, ia turut diaplikasikan oleh Bruh Kitchen di cawangan Durian Daun. Ingat mereka ni tak tahu ke apa yang korang suka? Haaa, nanti korang bolehlah pilih cawangan mana satu yang bertakhta dalam hati ya!

Menu di Bruh Kitchen | Kedai Makan Area MITC

Menu hidangan di Bruh Kitchen ni ada pelbagai tau korang! Western ala-ala Texas Barbeque ada, nasi lemak ada, desserts serta pelbagai jenis air, seperti jus buah-buahan dan coffee pun ada. Memang banyak pilihan makanan dan minuman yang menanti anda, jika berkungjung ke Bruh Kitchen MITC ni. Cik Min pun sampai rambang matalah nak memilih tu…

Bagi mereka yang tidak tahu nak makan apa, Cik Min recommend korang untuk cuba hidangan Smoked Beef Brisket, Smoked Lamb Ribs, Carbonara Beef Brisket, Grilled Chicken dan Mango Cheesecake mereka. Semuanya memang sedap-sedap belaka!

Kedai Makan Area MITC
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Kalau tak nak hidangan heavy, korang boleh lepak bersama kawan sambil menikmati ‘Ice Bruh! Latte dan Mango Cheesecake. Memang padu! Alang-alang, bolehlah buat session ala-ala Hi-Tea terus, hehe

Lepas ni senanglah korang … Kalau ada kawan-kawan yang tanya di mana kedai makan best di area MITC, korang jawab je Bruh Kitchen! Nak lebih meyakinkan, share sekali perkongsian Cik Min ni dengan dorang. Confirm terliur punya.

Lokasi Bruh Kitchen

Seperti yang Cik Min beritahu tadi, Bruh Kitchen mempunyai dua cawangan berbeza di Melaka. Jadi, korang boleh pilih mengikut keselesaan ya. Di bawah merupakan hasil carian Google Maps yang boleh membantu korang:

1. Bruh Kitchen MITC, Melaka

2. Bruh Kitchen Durian Daun

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Kedai Makan Area MITC”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published.