Kedai Komputer Ipoh | Pilihan Warga Perak

24/05/2022 by No Comments

Oi komeee, kita semua wajib tahu tentang satu kedai komputer di area Perak ni! Mungkin kedai komputer Ipoh yang Cik Min nak kongsikan ni boleh jadi satu tempat yang kita boleh pergi nanti. Bukan apa, secara tidak sedar, penggunaan komputer telah memenuhi sebahagian besar dalam hidup kita di alaf ini. Kalau rosak komputer nanti, akan mendatangkan satu masalah besar tau! Fuh, Cik Min tak boleh nak bayangkanlah…

Eh, kenapa Cik Min kata begitu? Yelahhh, kita kerja sekarang ni pun menggunakan komputer ataupun laptop setiap masa, betul tak? Tak lupa juga pembelajaran alaf kini yang turut menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Choppp, ada lagi satu! Marathon drama korea pun guna komputer tau, hihi…

Tanda atau simptom masalah komputer yang memerlukan Tuan/Puan untuk merujuk kepada pakar di salah sebuah kedai komputer terbaik di Ipoh!

KEDAI KOMPUTER IPOH

Cik Min sebagai pengguna komputer dalam urusan seharian pun takut kalau komputer tetiba bermasalah tau! Gilaaa tak risau?! Dalam komputer Cik Min ni, banyak benda-benda penting berkaitan kerja… Kalau hilang files dalam komputer ni, memang “bagai nyawa dihujung tanduk” la ceritanya.

By the way, Cik Min pasti ramai yang tidak tahu bilakah waktu yang memerlukan Tuan/Puan untuk membawa komputer ke pakar, kan? Ini antaranya:

1. Jika komputer kerap auto reboot dan mati

KEDAI KOMPUTER IPOH

Tuan/Puan pernah alami masalah macam ni? Pernah terjadi, tapi tidak tahu puncanya apa kan? hihi.. Kalau masalah begini, berkemungkinan berpunca daripada processor yang overheat atau terlampau panas. Ia akan menyebabkan kipas tidak berpusing dengan lancar! Inilah yang membuat sistem di komputer menjadi tergendala sementara atau mungkin dalam jangka masa terlalu lama.

2. Komputer mengeluarkan bunyi “beep!”

Buka sahaja komputer, terus bunyi beep! Ehhh, kita pun jadi terkejut… Dah kenapa pula berbunyi gitu kan? haha… Ini juga merupakan salah satu petanda untuk Tuan/Puan “sediakan payung sebelum hujan” tau! Cepat-cepatlah bawa komputer anda tu ke kedai komputer Ipoh ya.

“Eh Cik Min ni tak habis-habis duk sebut ‘kedai komputer Ipoh’ dari tadi… Apa nama kedainya?!”

Hehehe, sabarlah dulu! Sabar itu kan sebahagian daripada iman? Kejap lagi Cik Min sharePinky promise~

3. Dah on CPU, tapi monitor tak memaparkan apa-apa

Ini satu lagi hal! Dah on, tapi tak keluarkan apa-apa pun. Kalau Cik Min kena gini, memang setiap permukaan monitor tu Cik Min ketuk tau, haha… Manalah tahu, ada keajaiban berlaku kan? Ketuk-ketuk sikit, eh tetiba terus on! Hahaha tapi itu ajaib sungguhlah kalau jadi, sebab memang takkan jadi ya… Tuan/Puan jangan buat macam Cik Min pula! Risau satgi kena beli monitor baru pula. Bawa je ke kedai komputer Ipoh yang Cik Min akan share satgi.

4. Komputer selalu HANG, mana nak cari kedai komputer di Ipoh ni?

Video ini dimuat turun daripada akaun Instagram kedai komputer Ipoh yang terbaik tu tau!

Untuk bahagian ni, mungkin aplikasi yang dibuka terlalu besar dan di luar kemampuan processor, serta memory RAM untuk menampung. Hah! Sebab tu Tuan/Puan punya komputer selalu hang… Kadangkala, nak buka pun mengambil masa yang agak lama gitu.

5. Blue screen

Gambar ini pula diambil daripada akaun Facebook kedai komputer terbaik di Ipoh yang turut memaparkan masalah yang dialami oleh pelanggannya.

Skrin jadi warna biru?? Kalau gini, mahu dengan muka-muka kita sekali jadi biru melihatnya… Untuk kes sebegini, kebiasaannya, monitor akan memaparkan skrin biru, kemudian terus restart dengan sendirinya. Ia bermungkinan berpunca daripada virus atau software driver tau! Jadi, silalah bawa komputer anda ke pakar ya…

6. Komputer boleh on, tapi tak boleh buka sistem operasi

Apabila komputer Tuan/Puan mengalami masalah seperti ini, kemungkinan besar ia berpunca daripada dua sebab iaitu, software atau hardware. Bunyi macam complicated kan? Memang pun, hihi… Sebab Cik Min pun bukan mahir sangat. Tapi inshaallah, kalau anda dapatkan bantuan daripada kedai komputer Ipoh ni, confirm settle masalah!

Ready semuaaa! Cik Min nak reveal ni…

Kedai Komputer Ipoh Pilihan Warga Perak | Chip Computer

Kalau komputer Tuan/Puan mengalami masalah seperti berikut, cepat-cepatlah bawa ke pakar yang terbaik untuk warga Perak ni! Memang bestlah orang Ipoh lepas ni, sebab akhirnya dapat juga satu kedai komputer Ipoh yang macam one stop centre gitu…

Jadi, kalau komputer anda mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, tak payah pening dah! Anda boleh terus ke kedai komputer Ipoh terbaik iaitu, Chip Computer!!!

Seriuslah Chip Computer Boleh Tolong?

KEDAI KOMPUTER IPOH

Ehhh, ingat Cik Min tipu ke? Chip Computer ni merupakan salah satu kedai komputer yang terkenal di Ipoh. Cik Min nak habaq juga la yang mereka ni turut memberikan pelbagai servis repair komputer tau!

Kalau komputer hang ke, tak boleh on ke, atau apa sahaja masalah pun mereka boleh tolong selesaikan. Sebab apa Cik Min cakap macam tu? Sebab… Chip Computer ni merupakan sebuah perniagaan berteraskan satu moto iaitu, “buat sampai jadi!”. Jadi, walau susah macam mana pun masalah tersebut, team Chip Computer akan cuba untuk menyelesaikannya! Hebat kannn?

Nampaknya kita sudah sampai ke penghujung perkongsian kali ni! Tapi, Tuan/Puan boleh jumpa Cik Min di artikel seterusnya ya… Akhir kata, bagi yang berminat untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan Chip Computer atau pertanyaan secara terus, Tuan/Puan boleh hubungi Encik Husni dan juga Puan Nisa’.

Ehhh, choppp! Satu lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Cerita Malaysia! Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini ya…

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *