Kedai Kasut The Mines Terbakar

17/01/2023 by No Comments

Malaysia telah digemparkan dengan perkhabaran tentang sebuah kedai kasut di The Mines Shopping Mall yang terbakar dan kini sedang viral di laman-laman media sosial, terutamanya di TikTok. Para pengunjung di pusat beli-belah tersebut telah merakam kejadian yang didapati berlaku pada hari Ahad, 15 Januari 2023, kira-kira jam 11:39 pagi.

Kenyataan Daripada Pihak Bomba Tentang Kedai Kasut The Mines Terbakar

Kedai Kasut The Mines Terbakar
Sumber: Facebook Korporat JBPM

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian pada jam 11.39 pagi dan menggerakkan sejumlah empat pasukan ke lokasi tersebut.

Menurut beliau, kebakaran hanya membabitkan sebuah kedai kasut di dalam The Mines, di aras satu pusat beli-belah tersebut.

“Pasukan bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kedai lain. Premis tersebut telah musnah 100 peratus, namun api berjaya dikawal pada jam 12.25 tengah hari tadi,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kini, pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja melibatkan sisa kebakaran, serta siasatan lanjut juga bakal dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Tiada Sebarang Kecederaan Telah Dilaporkan

Kebakaran tersebut telah merebak dan membakar seluruh kedai kasut tersebut dengan sangat cepat. Walau bagaimanapun, semua pekerja berjaya melarikan diri sebelum api merebak dengan lebih agresif dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Situasi Ketika Kebakaran Berlaku | Kedai Kasut The Mines Terbakar

Para pengunjung dan pelanggan yang bersiar-siar di pusat beli belah The Mines juga sempat merakamkan situasi ketika kebakaran tersebut berlaku. Melalui video-video yang telah tular melibatkan kedai kasut The Mines terbakar itu, dapat dilihat bahawa asap hitam tebal telah merebak hampir ke seluruh pusat membeli-belah tersebut.

Kedai Kasut The Mines Terbakar
Sumber: Facebook

Sistem penggera kebakaran turut diaktifkan untuk memaklumkan kepada para pelanggan supaya mereka terus keluar daripada pusat beli-belah tersebut, sebelum terjadinya pelbagai kecederaan lain yang tidak diingini.

Hal ini secara tidak langsung telah mengejutkan para pelanggan kerana mereka tidak tahu punca kejadian tersebut berlaku. Untuk melihat video semasa kebakaran berlaku, anda boleh klik di sini.

Pengajaran Buat Semua

Jika anda pergi bersiar ke mana-mana tempat sekali pun, pastikan anda sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan persekitaran. Hal ini kerana, bahaya ini boleh datang pada bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari. Dalam berseronok tu, pastikan keselamatan diri dan tersayang tetap dijaga ya!

Akhir kata, salam takziah juga Cik Min ucapkan kepada para peniaga yang kedainya turut terlibat dalam kes kedai kasut terbakar di The Mines Shopping Mall ini. InshaAllah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang lebih baik…

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min berkaitan “Kedai Kasut The Mines Terbakar” pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh melayari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *