Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan

28/07/2022 by No Comments

Adakah anda tahu bahawa wujudnya sebuah kedai kasut di Teluk Intan, Perak yang menjual kasut MediFeet dengan fungsi menghindar dan merawat penyakit? Haaa, ini bukan cerita dongeng tau…

Dengan kasut MediFeet ini, anda boleh bergaya sambil menjaga kesihatan pada masa yang sama. Sekarang, pasti anda tertanya-tanya di mana kasut ajaib ini boleh didapatkan, bukan?

Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang kedai kasut kesihatan MediFeet di Teluk Intan, Perak ini, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai ke penghujung ya. Terutama buat warga Teluk Intan dan sekitarnya, anda memang wajib tahu info ini!

Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan | Lubuk Kasut Kesihatan Anda

Ish, ish, ish … Rupanya masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kebaikan dan kelebihan kasut kesihatan MediFeet ini. Untuk pengetahuan semua, kasut MediFeet ini telah banyak digunakan oleh masyarakat kita tau! Jom Cik Min terangkan asal-usul utamanya.

MediFeet, atau lebih dikenali sebagai Medical Health Shoe Solution merupakan rekaan yang diwujudkan oleh American Podiatric Association.

Di Manakah Lokasi Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan Ini?

Selain daripada pakaian, kasut merupakan perkara kedua terpenting yang diperlukan oleh setiap individu dalam melakukan aktiviti seharian. Jika anda salah pilih kasut, ia boleh mengundang masalah kesihatan lain tanpa disedari.

Sebab itulah pentingnya untuk kita miliki sepasang kasut MediFeet ini bagi membantu mencegah dan merawat sebarang penyakit. Kasut MediFeet juga telah disyorkan oleh Doctor, Podiatrist, dan Healthcare Professional tau!

Jadi, buat warga Teluk Intan, Perak khususnya … Jika anda berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet ini, anda boleh terus ke kedai kasut MediFeet Teluk Intan yang beralamat di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Atau, anda boleh tekan sahaja peta di bawah ini untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Kasut MediFeet, Kasut Kesihatan yang Diiktiraf!

Untuk pengetahuan anda, kasut kesihatan MediFeet ini telah direka khas dengan teknologi istimewa untuk membantu merawat pelbagai penyakit. Terdapat banyak design menarik yang boleh digayakan oleh lelaki mahupun perempuan.

Antara kelebihan kasut MediFeet ini adalah, ia memiliki tapak ‘Coolmax Lining Insole‘. Fungsi ‘Coolmax Lining Insole ini adalah untuk memastikan kaki anda sentiasa kering sewaktu melakukan aktiviti harian. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika kaki anda mudah berpeluh atau berbau!

Seterusnya, kasut ini juga memiliki daya tahan yang tinggi serta tahan lasak, dan mampu bertahan sehingga 2 tahun tanpa perlu ditukar. Memang berbeza sungguh dengan kasut biasa yang kita pakai setiap hari tu…

kedai kasut medifeet teluk intan
Sumber: Facebook Eimanazz Medic

Selain itu, kasut MediFeet juga adalah kalis air dan anti-shock dengan adanya penggunaan lapisan materialPoron‘. Untuk maklumat semua, material ‘poron‘ ini memiliki fungsi dalam meresap beban tubuh badan seseorang individu sewaktu berdiri mahupun berjalan.

Kemudian, dalam memastikan pengguna berasa lebih selesa dengan pemakaian kasut MediFeet ini untuk jangka masa yang panjang, ia turut diperincikan dengan ‘Rebounce Cushion Insole‘. Ia merupakan material yang direka khas dengan lapisan ‘poron‘ tadi.

Jadi, kaki anda akan berasa lebih selesa tanpa sebarang geseran yang mendatangkan kemelecetan. Hebat kannn?

Siapa yang Memerlukan Kasut MediFeet Ini?

kedai kasut medifeet teluk intan

Pasti anda nak tahu, siapa yang lebih sesuai menggunakan kasut MediFeet ni kan? Haaa, ini yang Cik Min nak habaq mai ni…

Kepada warga Teluk Intan yang mudah berasa sakit pada bahagian kaki, tak boleh berjalan dan berdiri terlalu lama, anda disarankan untuk mendapatkan kasut ini daripada kedai kasut MediFeet Teluk Intan dalam kadar segera. Jangan tunggu sakit kaki tu melarat, baru nak cari penawar ya!

Bukan itu sahaja, sekiranya anda atau ahli keluarga menghidap penyakit seperti diabetes, artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, dan juga sakit sendi, maka kasut MediFeet ini adalah disyorkan 100% untuk anda!

Apa yang pasti, kedai kasut MediFeet Teluk Intan ini juga boleh bantu untuk customkan kasut mengikut kesesuaian kaki anda tau! Anda tak perlu risau jika kasut saiz tak available, kerana mereka boleh buatkan khas untuk anda.

Akhir sekali, kasut MediFeet ini juga sesuai untuk semua golongan masyarakat, bermula daripada kanak-kanak sehinggalah ke warga dewasa dan warga emas. Anda tinggal pilih sahaja sama ada mahukan kasut sukan, kasut dalam rumah, kasut formal, ataupun kasut jalan-jalan.

Hubungi Eimanazz | Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi Team Eimanazz di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook Eimanazz Medic untuk sebarang update terkini.

Untuk membuat pembelian secara terus, anda boleh layari laman web Eimanazz Medic di https://eimanazzmedic.com/.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan”. Untuk ketahui lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portalĀ Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *