Kartun Islamik Malaysia

14/10/2022 by No Comments

Malaysia merupakan salah satu negara yang majoriti rakyatnya menganut agama Islam. Cik Min yakin rakyat Malaysia sudah begitu sinonim dengan kartun Islamik Malaysia, kan?

Apakah Kartun Islamik Malaysia?

Ianya merupakan kartun yang bertemakan Islamik dan menerapkan pemakaian serta nilai-nilai yang berunsur Islamik dalam cerita kartun tersebut.

Salah satu platform kartun Islamik Malaysia yang dipercayai ialah Durioo+.

Durioo+ merupakan platform yang paling baik untuk menonton siri animasi Islamik kerana ianya bebas dari iklan atau kartun yang mempunyai unsur negatif terhadap kanak-kanak.

kartun Islamik Malaysia

Apakah Kelebihan Menonton Durioo+? | Kartun Islamik Malaysia

Kartun Islamik yang menarik boleh ditonton di platform Durioo+. Di dalam platform ini terdapat pelbagai jenis kartun Islamik yang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Misalnya, Little Ammar iaitu animasi yang mendapat ranking teratas bagi tontonan di Malaysia.

Jom kita lihat terlebih dahulu apa kata pakar bidang perubatan kanak-kanak tentang platform ini!

kartun Islamik Malaysia

Di bawah ini Cik Min senaraikan 4 kelebihan utama platform Durioo+ untuk tontonan kartun anak-anak anda!

1. Tiada Iklan

Platform lain seperti YouTube mempunyai banyak iklan, namun Durioo+ merupakan platform yang amat memahami kita sebagai pengguna yang hanya mahu menonton video tanpa sebarang gangguan.

2. Tiada Gangguan Negatif

Durioo+ bebas daripada gangguan negatif seperti kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Misalnya, LGBTQ yang sudah tentunya akan mendatangkan pengaruh buruk kepada umat Islam, apatah lagi kanak-kanak yang masih belum tahu perkara yang betul dan salah di sisi agama Islam.

3. Penuh Nilai Islam

Kartun Islamik di Durioo+ sarat dengan nilai-nilai Islam yang mampu mendidik dan memberikan impak positif terhadap kanak-kanak.

4. Kanak-kanak Amat Menyukainya

Kanak-kanak yang menonton kartun Islamik di Durioo+ sangat meminati watak animasi dalam platform ini kerana temanya yang bersifat ceria dan menarik minat mereka.

Kartun Islamik dapat mendidik para penonton khususnya kanak-kanak untuk mengenali dan mempelajari cara kehidupan berteraskan ciri-ciri Islamik. Kartun Islamik juga memberikan pendidikan awal tentang agama Islam kepada mereka.

-Melentur buluh biarlah dari rebungnya-

Sinonim dengan peribahasa tersebut, kanak-kanak yang menonton siri kartun Islamik ini akan mendapat pelbagai ilmu tentang ayat al-Quran, kisah-kisah nabi serta adab pemakaian menepati syariat Islam agar mereka terdidik daripada usia yang muda.

Dengan adanya kartun Islamik ini, ianya akan memudahkan proses ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka tentang agama Islam.

Nak Dapatkan Info Lanjut?

Sekiranya anda mahukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan kartun Islamik Malaysia, boleh klik sini. Anda boleh juga membuat langganan pakej secara terus sekiranya berminat!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kartun Islamik Malaysia”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim
dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab
pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *