Kanak-Kanak Terima Vaksin | Malaysia

11/02/2022 by No Comments

Kanak-kanak terima vaksin merupakan salah satu topik hangat yang turut diperkatakan dalam minggu ini. Walaupun pada mulanya kebanyakan ibu bapa berasa risau, namun setelah beberapa penjelasan daripada pihak berautoriti, kerisauan tersebut kembali tenang.

Kanak-Kanak Terima Vaksin: Status Terkini

kanak-kanak terima vaksin

Sehingga ke hari ini, lebih 60,000 kanak-kanak telah terima vaksin Covid-19.

Kanak-kanak berkenaan menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lepas dan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Peranan Ibu Bapa Amat Penting

Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID-19.

Sehubungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menggesa ibu bapa agar mengambil peluang program vaksinasi yang akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kanak-kanak pada usia berkenaan. Hal ini kerana angka jangkitan melibatkan kanak-kanak berusia sedemikian yang kian meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zainal Ariffin berkata, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan merupakan vaksin yang khas untuk kanak-kanak dan dosnya juga lebih rendah. Beliau turut menjelaskan, beberapa negara lain juga telah berjaya memperlihatkan keberkesanan selepas kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun divaksin.

Kanak-Kanak Terima Vaksin: Tahap Keberkesanan

kanak-kanak terima vaksin

Tahap keberkesanan vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) adalah pada kadar 90 peratus.

Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, kadar tersebut berada pada tahap yang sangat baik dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada penyakit berlainan yang lebih teruk, berpunca daripada jangkitan Covid-19.

Segera Ambil Langkah Berjaga-Jaga

kanak-kanak terima vaksin

Cik Min pasti ramai ibu bapa yang memilih untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 untuk anak-anak mereka. Namun, bagi ibu bapa yang risau akan kesan sampingan vaksin kepada anak-anak, anda digalakkan untuk membuat penilaian risiko dan pengurusan risiko terlebih dahulu dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan negara.

Marilah kita bersama-sama menjayakan program imunisasi Covid-19 di kalangan kanak-kanak ini. Moga dengan ikhtiar ini, angka kes jangkitan di Malaysia kembali pulih.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik diĀ CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *