Kaki Palsu | Perkembangan Teknologi Prosthectic Legs

19/04/2022 by No Comments

Kaki palsu atau lebih dikenali sebagai prosthetic legs, sememangnya penting bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Prosthetic merupakan alat tiruan yang membantu dalam menggantikan bahagian anggota kaki yang hilang. Dalam artikel ini, Cik Min akan fokuskan kepada prosthetic legs iaitu kaki palsu.

Di Mana Tempat yang Sesuai Untuk Membuat Tempahan Kaki Palsu?

1. ASPO Prosthetics

kaki palsu
Sumber : Google

ASPO Prosthetics merupakan antara pakar kaki palsu yang terkenal di Malaysia. Syarikat ini beroperasi di Sungai Buloh, Selangor. ASPO Prosthetics sentiasa berusaha untuk memberikan penyelesaian mobiliti yang paling berkesan dengan teknologi terkini!

Moto syarikat ini adalah, “Tiada Halangan Untuk Hidup Berdikari”. Syarikat ini menumpukan perkhidmatan bagi anggota badan tiruan (prostetik) dan alat bantuan anggota (prtotik) untuk membantu pelanggan agar dapat kembali melakukan aktiviti harian seperti sediakala. Sejak ditubuhkan, ASPO Prosthetics telah berkhidmat dengan ramai pakar perubatan, dan turut berkerjasama dengan sektor penyelidikan dan pendidikan dalam bidang ini.

ASPO Prosthetics merupakan syarikat yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MDA). Oleh itu, pelanggan tidak perlu bimbang mengenai kualiti perkhidmatan yang diberikan, kerana mereka beroperasi mengikut piawaian etika tertinggi dan mematuhi semua peraturan dan piawaian industri yang telah ditetapkan.

Syarikat ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang dan pada hari Sabtu, jam 9 pagi hingga 1 petang. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat ini, atau ingin membuat sebarang appointment, boleh tekan sini.

2. BioApps, PPUM

kaki palsu
Sumber : Google

Bioapps juga antara yang menyediakan perkhidmatan prosthetic legs kepada pesakit. Ia terletak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sejak Julai 2013, Bioapps mula memberi tumpuan kepada perkhidmatan Prostetik dan Ortotik yang beroperasi di Makmal Brace & Limb, Jabatan Kejuruteraan Universiti Malaya sebagai lokasi menghasilkan peranti P & O. Jangan takut untuk dapatkan perkhidmatan di sini, kerana pengeluaran peranti Prostetik dan Ortotik mereka adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Bioapps beroperasi dari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang dan hari Sabtu jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat ini atau ingin membuat appointment, boleh tekan sini.

Jenis dan Design Kaki Palsu

kaki palsu
Sumber : Google

Perbezaan keadaan pesakit juga memerlukan mereka untuk mendapatkan jenis dan design kaki palsu yang berbeza. Perbezaan itu mungkin terjadi kerana keadaan kaki pesakit, design yang diminta, ukuran, serta tampilan kaki palsu seperti yang diiginkan.

Bagi pesakit yang pernah melalui amputasi atau kecatatan, terdapat pelbagai pilihan yang berbeza. Mereka amat memerlukan kaki palsu yang tepat bagi sendi pinggul, atas lutut, bawah lutut, lutut kanan dan pergelangan kaki. Setiap jenis ini juga mempunyai spesifikasi reka bentuk dan bahan komponen yang berbeza. Oleh itu, amat penting bagi pesakit untuk memilih kaki palsu yang sesuai dengan mereka untuk memastikan keselesaan berpanjangan.

Kemajuan teknologi yang ada ini telah memudahkan lagi kehidupan seharian kita, kan? Setiap masalah yang dihadapi, pasti ada saja jalan penyelesaiannya. Bagi yang telah kehilangan anggota badan seperti kaki, akibat kemalangan dan sebagainya, jangan berputus asa dahulu ya! Boleh usaha dan cuba untuk medapatkan teknologi prosthetic ini.

Sekian sahaja dari Cik Min untuk entri kali ini. Info bermanfaat ini, Cik Min dapatkan daripada Facebook Lyna Noh.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *