Justice For Bella | Hashtag Keadilan Buat Bella

13/04/2022 by No Comments

Kes penderaan tentunya isu yang tidak asing lagi di Malaysia. Baru-baru ini, kes penderaan yang melibatkan anak autism yang bernama Bella menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Justice for Bella, merupakan hashtag yang trending di twitter untuk menyokong keadilan buat Bella. Apakah kisah yang berlaku kepada adik Bella? Mari ikuti perkembangannya.

Justice For Bella
Sumber: Google

Siapakah Adik Bella? | Justice For Bella

Justice For Bella
Sumber: Google

Adik Bella merupakan anak istimewa down syndrome yang diletakkan di bawah penjagaan Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah sejak berumur 7 tahun lagi. Apabila adik Bella berusia 12 tahun, Bella di bawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk menyambung perintah penjagaan di rumah tersebut. Ketika itulah, Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda, meminta hakim untuk menyerahkan hak jagaan Bella di bawah penjagaannya. Setelah itu, Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda dari Julai 2020 hingga Oktober 2020. Kemudian, Bella di bawa oleh Siti Bainun untuk menetap di kondo miliknya dan sejak dari itu, sukrelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar khabar tentang Bella.

Bagaimanakah Bella Didera? | Justice For Bella

Menurut perkongsi oleh Bomoh Bursa, yang turut berada di mahkamah pada waktu pengadilan Bella, beliau mendengar sendiri bagaimana Bella telah didera. Menurut saksi kejadian, tertuduh iaitu Siti Bainun menyimbah air panas kepada Bella dan tertuduh berasa puas apabila melihat Bella menggelupur. Kejadian itu berlaku sebanyak 5 kali.

Tertuduh juga menyuruh penghuni Rumah Bonda untuk menyimbah air panas kepada Bella. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan dibelasah oleh tertuduh. Kaki dan tangan Bella akan sentiasa diikat dan menurut saksi Bella juga dibogelkan untuk tujuan menyimbah air panas.

Pada kejadian lain pula, ketika tertuduh memandikan Bella, tertuduh meminta saksi mengambil air panas untuk menjirus luka Bella yang masih bernanah. Tertuduh juga menggunakan kepala heater yang panas untuk diletakkan di dada Bella, kemudian menyimbah air panas daripada Cuckoo sehingga Bella terberak. Bella kemudiannya dipaksa untuk memakan najis itu. Jika dia tidak mahu, Bella diugut untuk diletakkan cili api pada tempat lukanya.

Maka tidak hairanlah jika justice for Bella menjadi hashtag yang trending kerana tentunya ramai orang yang sedih dan marah apabila mendengar bagaimana Bella didera.

Bagaimanakah Keadaan Adik Bella? | Justice For Bella

Ketika ditemui, Bella berada dalam keadaan lemah. Badan Bella berbau busuk disebab luka-luka pada seluruh badan yang bernanah dan tidak dirawat. Setelah kejadian itu, sekarang Bella telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedang dalam proses pemulihan. Justice for Bella yang merupakan hashtag keadilan buat Bella telah membuka mata banyak pihak terhadap kes ini.

Apakah Kesan Daripada Kes Penderaan?

Justice For Bella

1. Kesan Fizikal

Banyak kesan yang boleh berlaku akibat kes penderaan. Kesan yang paling ketara ialah dari segi fizikal. badan mangsa akan mengalami luka-luka dan lebam seperti yang dialami oleh adik Bella. Mangsa selalunya tidak dirawat dan terpaksa menahan sakit. Tambahan lagi, dalam kes Bella ini, dia merupakan kanak-kanak down syndrome, jadi semestinya dia tidak tahu apa yang perlu dibuat dan dengan siapa dia patut mengadu. Kebiasannya luka-luka yang tidak dirawat akan bernanah dan bertambah teruk lagi.

2. Kesan Mental

Kes dera tentunya akan mengganggu proses perkembangan kanak-kanak. Emosi mereka menjadi tidak stabil dan mereka membesar dalam keadaan trauma. Perkara ini akan menyebabkan ketidakseimbangan kemahiran emosi, kognitif dan sosial mereka. Tingkah laku mereka juga akan turt berubah di mana mereka lebih selesa untuk menyendiri dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka.

Kesimpulannya, kepada ibu bapa di luar sana, sebelum menghantar anak ke mana-mana rumah pengasuh, ambil tahu terlebih dahulu keadaan di rumah pengasuh tersebut. Ibu bapa disyorkan untuk bertanya kepada jiran ataupun kenalan rapat tentang rumah pengasuh yang dipercayai.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *