Jangkitan COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Meningkat

22/02/2022 by No Comments

Jangkitan COVID-19 bagi kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun semakin meningkat dengan ketara. Hal ini dikatakan demikian kerana, seramai 50,826 orang telah disahkan positif virus tersebut bermula awal Januari sehingga pertengahan Februari lalu.

Menerusi artikel kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkembangan terkini COVID-19 yang melanda negara terutamanya jangkitan COVID-19 bagi kanak-kanak yang sedang meningkat ini. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal BH Online.

Jangkitan COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Meningkat

Peningkatan Kes COVID-19 – Jangkitan COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Meningkat

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 15,817 kes atau 31.12 peratus kanak-kanak dijangkiti kategori satu, diikuti kategori dua (34,857 kes), kategori tiga (120 kes), kategori empat (28 kes) dan kategori lima (empat kes).

“Pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes pandemik dalam negara.”

“Peningkatan dilihat lebih ketara dalam Februari 2022, terutama bagi kategori dua hingga kategori lima,” katanya dalam kenyataan harian hari ini.”

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan penularan varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti. Ia susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi, sekali gus menyebabkan risiko pendedahan kepada jangkitan COVID-19.

“Kanak-kanak terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 yang mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka.”

“Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan. Pandemik yang berlarutan ini memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.”

“Meskipun gejala jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).”

Gejala COVID-19 – Jangkitan COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Meningkat

Tan Sri Dr. Noor Hisham turut berkata, antara gejala yang sering dialami kanak-kanak yang dijangkiti virus itu adalah batuk dan selsema berterusan melebihi seminggu. Selain itu, gejala lain ialah bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan dan muntah atau cirit-birit.

“Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran dan juga sawan.”

“Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19, iaitu terjadinya keradangan organ dalaman terutama jantung, paru-paru dan otak.”

Tujuh Kematian Dilaporkan

Bermula Jun 2020 hingga Disember tahun lalu, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 telah dikesan. Dengan bawah usia setahun sebanyak 25 kes. Manakala, setahun hingga bawah lima tahun (38 kes), lima tahun hingga bawah sembilan tahun (64 kes), sembilan hingga bawah 12 tahun (36 kes) manakala lebih 12 tahun (11 kes).

“Sehingga kini, tujuh kematian kanak-kanak disebabkan oleh MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan.”

“Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-Covid iaitu sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan.”

“Data terhad yang diperoleh setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang LongCovid kepada kanak-kanak.”

“Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti.”

Jangkitan COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Meningkat

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang jangkitan COVID-19 bagi kanak-kanak meningkat kali ini. Untuk info lanjut berkenaan kesihatan, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *