Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

10/12/2021 by No Comments

Mesti penjawat awam tidak sabar kan untuk semak jadual tarikh gaji penjawat awam 2022? Maklumlah, tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum menamatkan tahun 2021 yang penuh suka dan duka ini. Jadi, memang wajarlah anda semua membuat semakan dan tahu tentang tarikh gaji penjawat awam untuk perancangan pada tahun hadapan!

Mari ikuti perkongsian maklumat tentang tarikh gaji penjawat awam 2022. Info yang bermanfaat ini, Cik Min dapatkan daripada laman web Edu Bestari.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022
Gambar sekadar ilustrasi

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 tahun 2021 yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2022 dengan isi kandungan jadual dan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam tahun 2021.

Surat Pekeliling tersebut dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan tentang:

  • Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022
  • Jadual pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh ANM.

Jadual dan Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam adalah hari gaji. Kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi pemberian gaji bagi kakitangan kerajaan bagi tahun 2022.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Bagi pekerja bergaji hari, tarikh pembayaran gaji adalah seperti berikut:

  • Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 hari bulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya.
  • Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh bekerja bulan berikutnya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2022, anda boleh rujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p.: Unit Pengurusan Prestasi
Emel: unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel.: 03-8882 1624/1612/1622/1611

Semoga dengan jadual tarikh gaji penjawat awam ini, dapat membantu anda merancang kewangan anda dengan sebaiknya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *