IPTS yang Diiktiraf MQA

29/07/2022 by No Comments

Adakah adik-adik tahu betapa pentingnya untuk membuat research tentang IPTA dan IPTS yang diiktiraf MQA, sebelum membuat sebarang permohonan ke mana-mana institusi pendidikan di Malaysia?

Hal ini sewajarnya dititikberatkan, terutama buat adik-adik yang baru sahaja memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pasti adik-adik juga tertanya-tanya, mengapa pentingnya pengiktirafan daripada MQA ini kan? Jadi tanpa membuang masa, jom Cik Min jelaskan dengan lebih lanjut tentang kepentingannya.

Apa itu MQA?

MQA merupakan sebuah singkatan kepada Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Agensi Kelayakan Malaysia. Ia merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

MQA ini adalah gabungan di antara dua entiti iaitu Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT). Ia merupakan pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perjawatan kakitangan kerajaan.

Misi MQA adalah untuk memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi. Manakala visi MQA pula adalah untuk menjadi organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Kod Amalan Akreditasi, adik-adik boleh KLIK DI SINI.

Mengapa Pentingnya Pengiktirafan MQA? | IPTS yang Diiktiraf MQA

IPTS yang Diiktiraf MQA

Antara salah satu kelebihan atau kepentingan pengiktirafan MQA ini adalah, adik-adik berpeluang untuk mendapatkan penajaan pembelajaran, serta peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dengan pemindahan kredit.

Bahkan, ia juga dapat membantu memudahkan para graduan dalam pencarian pekerjaan di sektor awam, sekali gus memberi berpeluang kepada institusi untuk membuka francais program ke institusi lain.

Tanpa pengiktirafan serta kelayakan daripada MQA dan JPA ini, dibimbangi kursus yang ditawarkan adalah tidak mencapai ‘Quality Standard’ seperti yang telah ditetapkan. Kesannya, para graduan akan menghadapi kesukaran dari segi penempatan pekerjaan, terutama di sektor kerajaan apabila tamat pengajian kelak.

Oleh hal yang demikian, perakuan akreditasi ini sememangnya penting kerana ia melambangkan aras kualiti sesebuah program pengajian.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi para pelajar beberapa manfaat seperti:

  • ✔️ Layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain.
  • ✔️ Mendapatkan pengecualian kredit, namun keputusan muktamad adalah bergantung kepada institusi terbabit.
  • ✔️ Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam dan sektor swasta, kerana majikan juga lebih memilih program yang telah diakreditasi.
  • ✔️ Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sekarang, sudah terbukti betapa pentingnya untuk kita mengetahui sama ada IPTA dan IPTS yang bakal dipilih adalah diiktiraf MQA ataupun tidak. Jadi, pastikan adik-adik membuat pilihan yang terbaik ya!

YEG Academy, Sebuah Institusi IPTS yang Diiktiraf MQA

YEG, atau nama penuhnya ‘Your Education Guidance’ merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar dalam pemilihan program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, ia juga turut membantu belia dalam pemilihan bidang kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi di dalam kerjaya industri.

YEG merupakan sebuah IPTS yang telah diiktiraf oleh MQA kerana hampir kesemua silibus ditawarkan adalah menepati piawaian International Organization for Standardization (ISO).

Jadi, jika adik-adik ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kos-kos yang mereka tawarkan, syarat-syarat kemasukan dan antara perkara yang akan dipelajari, adik-adik boleh KLIK DI SINI.

Mengapa Adik-adik Perlu Menyertai YEG?

Memandangkan YEG merupakan sebuah IPTS yang diiktiraf MQA, maka ia sememangnya pilihan terbaik buat adik-adik yang berhasrat untuk meneruskan kerjaya atau pelajaran dalam masa terdekat ini. Pihak YEG amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik semua!

YEG Academy turut menyediakan Kursus Intensif Kerjaya bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. Walaupun fokus utama YEG adalah terhadap pembelajaran, namun mereka juga boleh membantu adik-adik untuk menggapai kerjaya impian tanpa sebarang penyambungan pengajian. Menarik kan?

Dari segi pembelajaran pula, YEG ada menawarkan dua bentuk pendidikan iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma MQA.

Sekiranya adik-adik masih buntu dengan pemilihan bidang untuk menyambung pelajaran, YEG juga akan menyediakan sesi kaunseling terlebih dahulu untuk membantu adik-adik membuat pilihan. Memang terbaikkk!

Kos dan Program yang Ditawarkan di YEG Academy | IPTS yang Diiktiraf MQA

Tahukah adik-adik bahawa YEG hanya menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di dalam pasaran kerja semasa dan kekal relevan di masa hadapan? Mari Cik Min senaraikan antara kos-kos dan program yang ditawarkan di YEG Academy ini. Antara program yang tersenarai adalah:

AVIATION CAREER MALAYSIA

  • – Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat.
  • – Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan.
  • – Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo.
  • – Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat.
  • – Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat.

INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE

  • – Diploma Pengurusan Haji & Umrah (DHUMY).
  • – Diploma Seni Kulinari.
  • – Diploma Pengurusan Hotel: Work Based Learning (Latihan Industri Bergaji Penuh).

INNOVATIVE SCHOOL OF MANAGEMENT

  • – Diploma Pengurusan Perniagaan.

Akhir sekali, sebelum Cik Min akhiri perkongsian tentang ‘IPTS yang Diiktiraf MQA‘ ini, mari kita lihat sebuah perkongsian video tentang YEG journey di bawah.

Adik-adik berminat untuk menyertai YEG Academy? Jika ya, adik-adik boleh hubungi mereka di talian 03-6143 5073, atau KLIK DI SINI untuk info lanjut.

Bukan itu sahaja, adik-adik juga boleh melayari laman Facebook YEG Academy dan Instagram YEG Academy untuk mendapatkan sebarang informasi terkini berkaitan program pendidikan yang mereka tawarkan. Selamat maju jaya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “IPTS yang Diiktiraf MQA”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *