Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad

10/05/2023 by No Comments

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan dan di bawah kerajaan Perpaduan. Mereka telah menawarkan inisiatif baru Syarikat Perumahan Negara Berhad, iaitu Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan syarat yang baharu.

SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini turut menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti buat setiap keluarga di Malaysia, sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, Cik Min akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat yang merupakan sebuah inisiatif baru Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Objektif Program Rumah Mesra Rakyat

Objektif utama Program Rumah Mesra Rakyat ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri secara sempurna dan selesa.

Inisiatif Baru Rumah Mesra Rakyat

Melalui satu perkongsian video di TikTok, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum memohon Rumah Mesra Rakyat, iaitu:

  1. ⒈ Khas untuk semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tidak lebih RM5,000. Ia boleh dimohon secara online dan percuma.
  2. ⒉ Rumah yang bakal dibina bakal memperoleh pengiktirafan sistem piawaian SIRIM agar kualiti rumah bukan sahaja dalam kategoru selesa dan berdaya huni, malahan tetap mematuhi sistem piawaian bertaraf antarabangsa.
  3. ⒊ Terdapat enam (6) reka bentuk yang boleh anda pilih.
  4. ⒋ Memiliki sekurang-kurangnya 3 bilik dan 2 bilik air, tetapi boleh diubah suai mengikut keperluan pemohon.
  5. ⒌ Memakai sistem MODULE pembinaan baru, iaitu rekod pembinaan rumah selama 25 hingga 60 hari.

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Berdasarkan inisiatif baru Syarikat Perumahan Negara Berhad pada tahun ini, terdapat enam (6) reka bentuk yang boleh dipilih dan diubah mengikut kesesuaian. Konsep binaan adalah rumah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Reka bentuk dan harga Rumah Mesra Rakyat tersebut adalah seperti berikut:

Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad
Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad
Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad
Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad

Cara Memohon RMR | Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad

Permohonan RMR boleh dibuat secara manual atau secara dalam talian. Bagi membuat permohonan secara dalam talian, sila rujuk cara berikut:

  1. ⒈ Layari laman web SPNB di http://rmr.spnbonline.com.my dan tekan butang permohonan.
  2. ⒉ Klik ‘Pendaftaran Baru’ dan isi ‘Borang Pendaftaran Login‘ dengan lengkap.
  3. ⒊ Kemudian, penerimaan Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  4. ⒋ Setelah itu, log masuk ke laman utama. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. ⒌ Lengkapkan borang online dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
  6. ⒍ Selesai mengisi borang tersebut, klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’.
  7. ⒎ Majukan borang dan dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB anda yang berdekatan.
  8. ⒏ Semakan dan penilaian akan dilakukan oleh pihak SPNB. Maklum balas pula adalah dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Rumah Mesra Rakyat bagi membantu Rakyat | Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad

Rumah Mesra Rakyat ini merupakan inisiatif yang terbaik bagi membantu semua rakyat Malaysia yang mempunyai masalah tempat kediaman. Cik Min yakin, inisiatif ini dapat melahirkan sebuah negara yang amat mementingkan rakyatnya sejajar dengan taraf negara maju.

Untuk dapatkan info lanjut tentang permohonan, pastikan anda klik di sini untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Rumah Mesra Rakyat ini. Selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Inisiatif Baru Syarikat Perumahan Negara Berhad”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *