Hyun Bin dan Son Ye Jin Umum Kahwin

15/02/2022 by No Comments

Peminat drama Korea Crash Landing On You tentunya sangat teruja apabila mengetahui berita gembira tentang pasangan sama cantik, sama padan Hyun Bin dan Son Ye Jin umum kahwin! Cik Min pun tidak ketinggalan mengikuti berita sensasi ini. Mana tidaknya, daripada drama menjadi realiti!

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda tentang hero dan heroin drama Crash Landing On You ini. Informasi menarik ini Cik Min dapatkan daripada portal Kosmo.

Hyun Bin dan Son Ye Jin Umum Kahwin

Umum Kahwin Bulan Depan | Hyun Bin dan Son Ye Jin Umum Kahwin

Pasangan pelakon drama popular Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan. Pasangan ini telah bercinta selama dua tahun dan telah membuat keputusan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan yang akan berlangsung itu akan diadakan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Seoul, Korea Selatan.

Difahamkan hanya ibu bapa, keluarga dan rakan rapat akan diundang pada majlis perkahwinan tersebut.

Hyun Bin dan Son Ye Jin Umum Kahwin

Mesej Terbuka di Instagram | Hyun Bin dan Son Ye Jin Umum Kahwin

Mesej Terbuka Son Ye Jin

Menerusi kapsyen Instagram Ye Jin menyampaikan mesej terbuka,

“Saya sudah bertemu dengan orang saya mahu hidup bersama sepanjang hayat.”

“Saya tidak dapat membayangkan untuk seorang lelaki dan seorang wanita bertemu, berkongsi hati mereka dan berjanji tentang masa depan, tetapi saya tidak sangka kami sampai sejauh ini.”

Son Ye Jin juga turut mendedahkan kehadiran Hyun Bin telah melengkapkan kehidupannya.

“Bersamanya membuatkan saya rasa tenang dan lengkap. Tolong doakan masa depan yang akan kami bina bersama.” 

Mesej Terbuka Hyun Bin

Sementara itu, kekasihnya Hyun Bin, 40, juga menyampaikan pengumuman yang sama.

“Hello, saya Hyun Bin. Saya ingin menulis posting ini kerana saya ingin peminat yang selalu memberi sokongan dan perhatian tahu tentang keputusan terpenting dalam hidup saya terlebih dahulu.”

“Mungkin ada yang sudah mengharapkan perkara ini. Ya, saya sudah membuat keputusan tentang perkahwinan dan secara berhati-hati mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya.”

“Saya sudah berjanji dengan gadis yang selalu membuat saya tersenyum dan berjalan bersama saya di masa hadapan.”

Sumber – Allkpop

Kedua-dua pelakon yang berusia 40 tahun itu mula menjadi pasangan kekasih pada Mac 2020 selepas bekerjasama dalam filem The Negotiation dan drama Crash Landing On You.

Populariti Hyun Bin pula melonjak selepas membintangi sitcom Nonstop 4 pada 2003 dan menjadi aktor pujaan ramai selepas membintangi deretan drama popular seperti My Lovely Sam-soon, Secret Garden dan Crash Landing On You.

Ye-jin pula mula meraih perhatian menerusi filem Lovers’ Concerto, The Classic, A Moment to Remember dan The Art of Seduction, My Wife Got Married dan The Last Princess. 

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin umum kahwin kali ini. Diharapkan peminat drama Korea akan terus menyokong kedua-dua pasangan ini!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *