Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri – Ramai Ucap Tahniah

07/01/2022 by No Comments

Rata-rata netizen di media sosial sangat terkejut dengan perkhabaran Heliza Helmi akhirnya sah bergelar isteri. Cik Min pun agak terkejut pada mulanya. Kemudian, Cik Min pun kalutlah stalk Instagram Heliza Helmi namun tiada sebarang perkembangan mengenai perkahwinannya.

Namun, khabar mengenai perkahwinan itu dikongsikan oleh akaun Instagram pendakwah terkenal, Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim @mohdizharariff_official menerusi satu muat naik foto pasangan tersebut.

Mesti Ramai yang Terkejut dengan Perkhabaran Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri kan?

Siapa tidak kenal dengan penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi. Heliza pernah mengakui bahawa dirinya tidak pernah tertekan dengan usikan orang sekeliling walaupun masih belum mendirikan rumah tangga.

Pembukaan tahun baru yang indah apabila Heliza Helmi sah bergelar isteri pada 1 Januari 2022. Heliza yang masuk umur 36 tahun menggemparkan umum apabila berita perkahwinan beliau dengan seorang usahawan yang bergelar Datuk Seri tersebar. Berita perkahwinan Heliza ini tersebar apabila Dr. Mohd Izhar Ariff mengucapkan tahniah kepada mempelai menerusi laman Instagram. 

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.”

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ye…” coretnya. 

Heliza Helmi sah bergelar isteri

Gambar tersebut mendapat lebih 40,000 likes dan ratusan komen daripada rakan artis serta peminat yang mendoakan kedua-dua mempelai itu. Selain terkejut dengan khabar gembira itu, ramai yang mengucapkan tahniah.

Kenali Siapa Suami Heliza

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38 bukanlah calang-calang orangnya. Pada umur 21 tahun beliau sudah bergelar jutawan. Beliau juga merupakan seorang pakar perunding kewangan yang cukup terkenal.

Antara pencapaian beliau ialah beliau telah dipilih sebagai penerima anugerah The Jewel of Muslim Word 2019. Selain itu, beliau juga menerima Top Ceo Award 2004 dan Youngest Agency Manager CIMB.

Anak jati Pulau Pinang ini turut dikenali dengan gaya penampilan yang tersendiri apabila melekatkan koleksi kereta mainan Hotwheel pada kereta Jaguar miliknya.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Heliza Helmi dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *