Harga Roti Gardenia Naik Mulai 1 Disember

26/11/2021 by No Comments

Dengar khabar bahawa harga roti Gardenia akan naik, bermula 1 Disember ini. Betul ke tidak? Apa punca kenaikan harga roti yang menjadi kegemaran rakyat di Malaysia ini?

Mari kita baca penjelasan mengenai isu kenaikan harga roti ini bersama-sama.

Harga Roti Gardenia Naik Sebab Kos Bahan Mentah Mahal

Baru-baru ini, Gardenia Bakeries Kuala Lumpur Sdn Bhd ada membuat pengumuman bahawa mereka terpaksa menaikkan harga roti bermula 1 Disember ini.

Keputusan itu dibuat setelah mereka tidak mempunyai jalan penyelesaian yang lain ekoran peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan mentah.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries KL, Koh Chin Huat berkata, penularan wabak COVID-19 menyebabkan berlakunya kenaikan kos tersebut.

Walaupun syarikat telah berusaha untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah, namun prestasi dan keuntungan syarikat tetap terjejas teruk.

“Peningkatan besar dalam pembuatan dan kos bahan telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan yang sukar. Gardenia KL tidak mempunyai alternatif lain kecuali dengan melaksanakan semakan harga ke atas produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan harga termasuklah tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

Harga Bagi Setiap Roti Gardenia Yang Akan Naik

Cik Min sedia maklum bahawa harga roti Gardenia akan naik sekitar 10 sen sehingga 45 sen, bergantung kepada jenis roti yang tersenarai.

Harga Roti Gardeniar Naik
Sumber: BuzzKini

Jika dilihat pada berita yang dilaporkan kelmarin, ada beberapa jenis roti yang akan mengalami kenaikan harga bermula 1 Disember ini. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Nama RotiHarga Baru
(berkuat kuasa 1 Disember)*
Classic Original GardeniaRM2.80
JumboRM4.00
Bonanza Big ValueRM3.10
WholemealRM3.60
Bran & WheatGermRM2.50
Sambal BilisRM1.30
Delicia
(Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk, Cranberries)
RM5.00
Toast’em (Pandan Kelapa)RM5.00
Quick BitesRM1.00

Anda juga boleh semak di sini untuk mengetahui senarai penuh roti yang akan dinaikkan harga oleh Gardenia KL.

Pada masa yang sama, pihak Gardenia KL amat terkesan dengan operasi semasa pandemik, namun mereka akan terus memberi komitmen dalam usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang mereka.

Kepada semua peminat roti Gardenia, Cik Min berharap anda akan teruskan membeli dan menyokong produk yang dikeluarkan selepas ini.

Walaupun harga roti Gardenia telah naik, tapi rasa dan kualiti akan tetap dikekalkan bagi memenuhi cita rasa anda sekeluarga.

Jangan pula anda pergi memborong habis (panic buying) roti-roti di pasar raya dan kedai, kesian pula kepada mereka yang belum membelinya hari ini.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *