Harga Maksimum Bagi Ayam Telur Ayam & Sayur-sayuran

08/12/2021 by No Comments

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember ini. Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ini melibatkan penambahan dan pengurangan harga maksimum bagi ayam, telur ayam & sayur-sayuran.

Barangan yang terlibat dengan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ini melibatkan barangan yang merupakan keperluan asas bagi seisi keluarga. Pelaksanan (SHMKM) ini adalah sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini di samping memastikan keberadaan bekalan di pasaran. Peniaga yang gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan di dalam skim ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencaturan 2011.

Mari ikuti perkongsian lebih lanjut tentang senarai barangan harga terkawal dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di bawah. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada laman web Edu Bestari.

Tempoh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia

Pelaksanan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ini adalah sepanjang tempoh yang ditetapkan iaitu:

  • Bermula 7 Disember sehingga 31 Disember

Jenis Barangan Harga Terkawal – Harga Maksimum Bagi Ayam, Telur Ayam & Sayur-sayuran

Antara barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Ayam hidup
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
  5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
  6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
  7. Kacang panjang
  8. Cili merah
  9. Tomato
  10. Kubis bulat import China dan Indonesia kecuali Beijing
  11. Sawi hijau
  12. Timun

Senarai Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal

Berikut merupakan senarai harga maksimum bagi barangan harga terkawal dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Kategori Ayam

Kategori Telur Ayam

Kategori Sayur – Harga Maksimum Bagi Ayam, Telur Ayam & Sayur-sayuran

Harga Maksimum Bagi Ayam, Telur Ayam & Sayur-sayuran
Harga Maksimum Bagi Ayam, Telur Ayam & Sayur-Sayuran

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *