Harga Ayam Semakin Naik | Krisis Bekalan Makanan

26/05/2022 by No Comments

Sudah semestinya, ramai yang terkesan dengan kenaikan harga ayam di Malaysia kan? Ramai peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan disebabkan kurangnya ayam di pasaran, serta kenaikan harga secara mendadak. Apakah sebabnya? Adakah kita sedang menghadapi krisis bekalan makanan? Jom baca perkongsian Cik Min kali ini dengan lebih lanjut.

Mengapa Harga Ayam Semakin Naik?

Krisis kenaikan harga ayam ni sebenarnya berpunca daripada kurangnya bekalan ayam di pasaran. Disebabkan permintaan yang banyak, ada peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya! Harga siling yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika ini hanyalah RM 8.90 bagi sekilogram ayam.

Tindakan sebahagian peniaga yang menaikkan harga ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, kerana ramai peniaga yang terpaksa melakukan sedemikian disebabkan pembekal yang turut menaikkan harga ayam tersebut! Kini, dapat dilihat bahawa rata-rata harga ayam di pasaran adalah RM 9.80 sehingga RM 10.40 sekilogram.

Situasi ini berlaku disebabkan kenaikan harga makanan ayam itu sendiri. Namun untuk pengetahuan anda, Malaysia sememangnya mengeluarkan bekalan daging ayam yang mencukupi untuk pasaran tempatan tau! Akan tetapi, industri penternakan ayam amat bergantung kepada bekalan makanan ayam yang diimport dari Amerika Syarikat. Turun naik mata wang Ringgit Malaysia dan perubahan iklim di negara pembekal juga merupakan antara faktor penyumbang kenaikan harga makanan ayam seperti jagung bijirin.

Apakah Solusi yang Boleh Diambil?

Untuk mengawal harga ayam, Malaysia tiada pilihan lain selain memproduksi sendiri bekalan makanan untuk ayam. Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan penanaman jagung dan hampas kelapa sawit sebagai makanan alternatif ayam bagi mengawal isu ini dalam jangka masa panjang. Banyak negeri yang telah memikirkan inisiatif ini, dan kawasan tanaman jagung juga telah dikenal pasti. Antaranya ialah, Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini.

Apabila Malaysia memproduksi jagung sendiri dalam skala yang besar, negara dapat mengurangkan proses import bekalan makanan dari negara lain. Hal ini juga bakal menguntungkan negara dalam jangka masa panjang. Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan subsidi makanan ayam kepada penternak pada kadar 60 sen sekilogram.

Tambahan lagi, kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menghentikan proses eksport 3.6 juta ekor ayam mulai 1 Jun ini bagi memastikan bekalan ayam mencukupi untuk pasaran tempatan. Menurut Perdana Menteri, proses eskport akan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. Ia merupakan langkah kerajaan terhadap isu bekalan ayam yang dihadapi negara buat masa kini.

Adakah Kita Sedang Menghadapi Krisis Bekalan Makanan?

harga ayam

Fenomena perubahan iklim, gelombang haba dan cuaca yang tidak menentu telah mempengaruhi industri pertanian dan penternakan di seluruh dunia. Keadaan cuaca yang panas dan kering menyebabkan sektor pertanian terjejas dengan hebatnya.

Penghasilan daripada sektor pertanian juga menjadi kurang sehingga menyebabkan banyak negara menghentikan eksport makanan utama bagi negara tersebut. Hal ini turut menjejaskan lain-lain negara yang bergantung kepada eskport makanan daripada negara tersebut. Antara negara utama yang menghentikan eskport bekalan makanan adalah, India. India telah melarang eksport gandum akibat fenomena gelombang haba yang menjejaskan penanaman gandum di negara tersebut.

harga ayam

Selain itu, krisis di Rusia-Ukraine juga menjadi punca kenapa berlakunya krisis bekalan makanan ini. Hal ini kerana, Rusia dan Ukraine merupakan negara yang menghasilkan satu per tiga daripada bekalan gandum dunia! Peperangan yang berlaku telah menyebabkan penghasilkan gandum berkurang dan ini tentunya memberi kesan yang buruk kepada bekalan makanan dunia.

harga ayam

Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mencari alternatif sendiri untuk mengurangkan krisis bekalan makanan ini untuk bertahan lebih lama. Kita boleh memanfaatkan tanah yang ada untuk menanam sendiri sayur-sayuran sendiri di rumah, atau menjalankan penternakan ayam secara kecil-kecilan. Mungkin usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga dan masyarakat sekeliling apabila krisis bekalan makanan semakin teruk kelak.

Walau bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk negara Malaysia dan seluruhnya!

Untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portalĀ Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *