Gudang Kopi Aik Cheong Terbakar 90%

28/11/2023 by No Comments

Pernahkah anda terdengar tentang jenama Aik Cheong? Cik Min pasti, anda semua mesti kenal dengan jenama kopi tempatan ini kan? Mana tidaknya, sudah 68 tahun jenama ini bertapak di Malaysia, tanah air tercinta kita ini. Anda tahu tak bahawa gudang kopi Aik Cheong ini terletak di Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka? Sudahlah berjenama tempatan, gudangnya pula di terletak di negeri bersejarah. Memang wow la pada Cik Min…

Namun baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan sebuah berita di mana gudang kopi Aik Cheong ini telah terbakar. Katanya, kebakaran tersebut turut memamah hampir keseluruhan kilang. Ish, biar betul ni? Tanpa membuang masa, mari Cik Min kongsikan maklumatnya dengan lebih lanjut. Let’s go!

Kebakaran di Gudang Kopi Aik Cheong Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka

Saiz bangunan gudang kopi Aik Cheong ini mempunyai keluasan sebesar 7,200 meter persegi. Menurut sumber, pada lewat malam 26 November 2023 yang lalu, gudang ini telah pun terbakar hampir 90%.

Sewaktu kejadian, sebanyak 2 Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kebakaran. Seramai 23 pegawai dan anggota, bersama-sama 4 jentera juga turut terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran. Namun begitu, setibanya kesemua pasukan penyelamat di gudang tersebut, mereka mendapati bahawa 90% daripada gudang sudah pun hangus dijilat api.

Penguasa Bomba, Tc. Zulkhairani Ramli (Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka) berkata, mereka menerima panggilan kecemasan tersebut menerusi talian MERS 999 pada jam 9.59 malam. Menurut beliau lagi, pasukan penyelamat sudah berusaha sebaik mungkin untuk meredakan kebakaran sehingga selesai, pada jam 11.05 malam.

Pegawai terlibat juga mengesahkan bahawa tiada mangsa atau kecederaan telah berlaku melalui insiden kebakaran tersebut. Syukur, Alhamdulillah… Walau bagaimanapun, punca bagi kebakaran ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Selain itu, jumlah kerugian yang dialami oleh Aik Cheong Beverage Industries Sdn. Bhd. juga masih belum diketahui sehingga kini. Cik Min doakan, semoga pihak dan kakitangan yang terlibat kekal tabah dalam menghadapi dugaan tersebut.

Di sini juga ingin Cik Min kongsikan sebuah video semasa kejadian berlaku untuk tontonan anda semua. Sama-sama kita mengambil iktibar dan sentiasa berjaga-jaga pada masa akan datang.

@malaysiagazette

Gudang jenama kopi terkenal, Aik Cheong terbakar dalam kejadian di Taman Teknologi Cheng, di sini malam tadi. Menurut bomba, gudang kopi milik syarikat Aik Cheong Beverage Industries Sdn. Bhd. bekeluasan 7,200 meter persegi telah terbakar 90 peratus. Video: JBPM Melaka #malaysiagazette #mgnews #kopiaikcheng #gudangkopi #tamanteknologicheng

♬ Sad and lonely – MoppySound
Perkongsian Video Tiktok dari akaun @Malaysiagazette | Gudang jenama kopi terkenal terbakar

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Gudang Kopi Aik Cheong Terbakar 90%” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *