Gempa Bumi Turkiye-Syria

10/02/2023 by No Comments

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita gempa bumi di Turkiye-Syria bermagnitud 7.8 yang mengakibatkan kemusnahan dahsyat. Dikhabarkan tragedi gempa bumi ini antara yang terburuk dan berbahaya akibat faktor lokasi, waktu dan struktur bangunan yang lemah.

Menurut Al-Jazeera, dikhabarkan seramai lebih 15,000 mangsa telah terkorban setakat 9 Februari 2023. Hal ini kerana, proses pencarian mangsa yang terkorban kelihatan lebih sukar akibat kawasan runtuhan bangunan yang luas dan musim sejuk.

Pengalaman Warga Malaysia Ketika Gempa Bumi Turkiye-Syria

Sumber: DMOfficial

Seorang warga Malaysia yang menetap di Turkiye telah berkongsi tentang keadaan selepas kejadian gempa bumi yang berlaku itu melalui TikTok, DMOfficial. Beliau yang menetap di Taman Bahcelievler di Haliliye, Negeri Sanliurfa Otogari, merupakan kawasan yang turut terkesan dengan tragedi gempa bumi Turkiye-Syria ini.

Menurutnya, gelombang pertama gempa bumi berlaku pada 6 Februari 2023 pada jam 4.25 A.M waktu Turkiye. Kejadian yang berlaku mengakibatkan sebuah bangunan runtuh di sekitar bangunan tempat tinggalnya dan jarak yang diambil hanya selang 3 buah bangunan sahaja.

Sumber: DMOfficial

Beliau juga turut berkongsi keadaan bangunan tempat tinggalnya yang telah retak akibat daripada kejadian tersebut. Menurutnya, beliau terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat untuk mengelakkan risiko sebarang situasi buruk yang mungkin berlaku.

Di sebuah video TikToknya yang lain, beliau turut berkongsi tentang bagaimana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering dilaluinya setiap hari untuk ke pasaraya, aktiviti harian dan ketika membuat ‘Live‘.

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Gempa Bumi Turkiye-Syria
Sumber: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah dan merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas yang berlaku. Beliau juga turut mengarahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Turkiye untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.

Sumber: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Satu kenyataan lain di laman Facebooknya, beliau juga menyatakan bahawa Malaysia akan menyumbang lebih US$2 Juta kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di negara tersebut.

Masing-masing US$1 Juta daripada Jemaah Menteri, US$1 Juta daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, dan RM1 Juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Usaha ini pasti sedikit-sebanyak dapat membantu warga Tukriye-Syria dalam menghadapi bencana ini. Ia juga menunjukkan bahawa Malaysia prihatin dan sensitif terhadap bencana yang terjadi.

Cik Min pasti, ramai yang turut bersedih akibat bencana alam yang tidak terduga ini kan? Cik Min harap kesemua ahli keluarga mangsa yang terkorban tetap tabah dan kuat menerima ujian berat ini. Tragedi ini sekaligus membantu memberi keinsafan kepada diri Cik Min dan kita semua untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat bumi aman yang diperoleh.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Gempa Bumi Turkiye-Syria”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *