Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia

25/02/2022 by No Comments

Gempa bumi di Sumatera turut dirasai oleh Malaysia, terutama di sekitar kawasan lembah Klang, serta beberapa negeri yang lain. Cik Min betul-betul terkejut lepas dengar je berita ni. Ramai juga rakan-rakan di group WhatsApp turut share pengalaman gegaran yang mereka rasai tadi. Seram pula Cik Min tengok… Siap ada yang share video sekali!

Jom kita ketahui tentang gempa bumi ini dengan lebih mendalam. Info terkini ini, Cik Min dapatkan daripada portal Free Malaysia Today dan beberapa laman web yang lain.

Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia: Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia
Sumber: Twitter MET Malaysia

Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di utara Sumatera, Indonesia, pada 9.39 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran gempa bumi Sumatera berukuran 6.1 skala Richter itu turut menggegar kawasan sekitar Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.2° Utara dan 100.0° Timur dengan kedalaman 10km, 76km di barat laut Payakumbuh, Indonesia. Namun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MET Malaysia dalam kenyataan.

Kawasan yang Terlibat

Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia
Sumber: Free Malaysia Today

Difahamkan, gegaran turut dirasai di Batu Caves, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Putrajaya, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain. Sementara itu, beberapa bangunan di sekitar Lembah Klang turut merasai gegaran berkenaan dengan semua kakitangan bergegas keluar untuk tujuan keselamatan.

Kakitangan Bernama, Perpustakaan Negara dan bangunan berhampiran keluar dari premis masing-masing selepas memaklumkan gegaran berlaku selama kira-kira 5 minit.

Sharing dari Rakan-Rakan Cik Min

Haaa, ini pula antara sharing dari salah seorang rakan Cik Min bernama Erin, di group WhatsApp. Mereka sekarang berada di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) untuk mempromosikan perniagaan. Namun, pada pagi tadi mereka turut rasai sendiri gegaran dari Sumatera ni tau!

Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah keadaan sudah kembali terkawal dan mereka semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Lega hati Cik Min…

Gempa Bumi Sumatera Turut Dirasai Malaysia: Stay Alert!

Berikutan kejadian ini, Cik Min harap semua warga Malaysia untuk lebih alert dan aware tentang keadaan sekeliling ya. Almaklumlah, kita kan berjiran dengan negara Indonesia, jadi sebarang kemungkinan boleh sahaja berlaku tanpa kita sedari. Oleh itu, pastikan anda sentiasa alert demi menjaga keselamatan diri dan keluarga ya! Moga semunya baik-baik sahaja untuk seluruh negara Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *