Ganja Untuk Sakit Mental?

April 6, 2022 by No Comments

Sesuaikah ganja untuk sakit mental? Ganja atau dikenali sebagai Marijuana ini sebenarnya berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan “Ganja” berasal daripada bahasa Sanskrit, yang memberi maksud “Resin/getah dari pokok berserabut”. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin, dan selalunya dikeringkan dengan cara menyalainya terlebih dahulu, sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dan berbau tengik. Ia boleh dimakan atau dihisap tanpa, atau bersama tembakau.

Ganja Untuk Sakit Mental?
Sumber : Google

Apa Kaitan Ganja Dan Sakit Mental?

1. MENGURANGKAN GANGGUAN PEMIKIRAN?

Ganja untuk sakit mental? Ada kajian mengatakan ia dapat mengurangkan gangguan pemikiran. Maksudnya, ia membantu mereka untuk lebih mudah berfikir. Kajian ni dilakukan pada tahun 2016, dengan jumlah pesakit yang kecil iaitu sebanyak 20 orang dan ke atas sahaja. Tetapi, kajian ini tidak terbukti berkesan kerana penggunaan datanya yang kecil.

2. MENINGKATKAN MOOD MENJADI BAIK?

Satu lagi kajian yang dibuat pada tahun 2015 mengatakan bahawa ganja dapat meningkatkan mood seseorang untuk menjadi lebih baik. Namun, apabila disiasat dengan lebih mendalam, kebanyakan mereka yang mengambil ganja adalah apabila mood mereka sudah semakin baik. Jadi, perkara ini akan mendatangkan kesan sampingan yang lain kepada mereka. Bagi mereka yang berada dalam fasa kemurungan pula, kajian mendapati bahawa mereka tidak berminat dengan apa perkara sekalipun.

3. MENCETUSKAN GEJALA MANIA | Ganja Untuk Sakit Mental?

Kajian lain pula menunjukkan bahawa ia boleh mencetus gejala mania, iaitu gejala terburuk selain daripada kemurungan yang teruk. Apabila terjadinya mania, sesorang boleh berkelakuan atau berasa bertenaga yang luar biasa, gembira, atau marah. Mereka sering membuat individu untuk berfikiran dan membuat keputusan tanpa mengambil kira akibatnya.

4. MENINGKATKAN GEJALA KEMURUNGAN

Pengambilan ganja yang berlebihan juga akan mengganggu kewarasan otak. Jadi, bagi yang ada masalah kemurungan berkemungkinan untuk bertambah murung apabila mengambil ganja

5. MENINGKATKAN KEINGINAN BUNUH DIRI

Apabila akal fikiran tidak dapat berfungsi dengan baik, akan ada keinginan bagi seseorang individu untuk mengambil jalan mudah dan lari daripada masalah dengan membunuh diri.

6. GEJALA BIPOLAR

Ia juga mungkin menyebabkan gejala bipolar bermula lebih awal berbanding pesakit bipolar lain dan bila mana ia bermula lebih awal, komplikasi penyakit akan lebih buruk untuk jangka masa yang panjang.

7. MENINGKATKAN RISIKO PSIKOSIS

Meningkatkan kitaran mood yang tidak stabil, menerukkan prognosis dan meningkatkan kegagalan rawatan.

8. MEWUJUDKAN MASALAH MENTAL BARU

Boleh mengakibatkan masalah ketagihan yang melampau sehingga menjejaskan mental seseorang.

Ganja Untuk Sakit Mental?
Sumber : Google

Adakah Ganja Sesuai Untuk Sakit Mental?

Tegasnya, untuk merawat apa jenis penyakit sekalipun, jangan sesekali bereksperimentasi dengan apa sahaja jenis dadah! Ramai di luar sana yang cuba mencari jalan keluar dengan mengambil dadah, tetapi akhirnya terjerumus dengan lebih jauh sehingga mendatangkan mudarat. Jika ada masalah dengan apa-apa ubat sekalipun, cubalah berbincang dengan doktor yang lebih arif atau pakar. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Bagaimana Merawat Sakit Mental?

Ganja Untuk Sakit Mental?
Sumber : Google

Adakah ganja untuk sakit mental? Sebenarnya, banyak ikhtiar yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit mental. Antaranya:

– Dapatkan khidmat kaunseling

– Cerita masalah dengan orang yang dipercayai

– Jangan menyendiri

– Dekatkan diri dengan Tuhan

– Amalkan gaya hidup sihat

– Amalkan pemakanan yang sihat

Kesimpulannya, setiap penyakit pasti ada ubatnya, kecuali mati! Kita sebagai manusia hanya perlu ikhtiar mengikut cara dan kaedah yang baik. Elakkan memilih untuk merawat penyakit menggunakan ganja, dadah dan sebagainya.

Info bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada facebook Ahmad Rostam Md Zin.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.