Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang

03/10/2021 by No Comments

Sebanyak 998 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang. Senarai kawasan yang akan tiada air pada 13 hingga 16 Oktober 2021 itu disebarkan melalui WhatsApp Group.

Gangguan Bekalan AIr di Lembah Klang
Sumber: WhatsApp Group

13 hingga 16 Oktober 2021 ialah pada Rabu sehingga Ahad minggu hadapan iaitu 4 hari! Lama tu! Bagi keluarga besar, kena sediakan air tadahan yang banyak untuk kegunaan harian.

Antara Kawasan yang Mengalami Gangguan Bekalan Air

Menurut Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan, wilayah terlibat antaranya Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Bagi mengetahui sama ada kawasan rumah kita terlibat atau tidak, layari laman web ini.

Kenapa Gangguan Bekalan Air Sering Berlaku di Lembah Klang?

Krisis bekalan air ini berlaku disebabkan susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Sumber: Astro Awani
Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang
Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang

Apa Persediaan Nak Hadapi Gangguan Bekalan Air?

Isu gangguan bekalan air ni memang membuatkan emosi terganggu kan? Mana taknya seharian kita akan gunakan air untuk keperluan harian. Bagaimanalah nasib para peniaga yang membuka restoran dan gerai-gerai jika tiada sumber air? Pasti mereka terpaksa tutup restoran dan gerai sepanjang tempoh krisis air berlaku. Jadi ada beberapa persediaan yang boleh kita lakukan sewaktu gangguan bekalan air terjadi. Antaranya ialah;

  • Isi Air Tadahan

Kita boleh isi air tadahan dalam tong-tong air yang bersih. Selain itu, disarankan menggunakan botol-botol terpakai untuk menyimpan air bagi kegunaan kecemasan sewaktu krisis air melanda.

  • Penjimatan Air

Sewaktu gangguan bekalan air terjadi, kita perlulah menggunakan air untuk keperluan yang penting sahaja seperti minum, memasak, mandi dan membasuh. Tetapi kita tidak digalakkan membasuh kereta sewaktu berlakunya krisis air supaya air yang ada dapat disimpan bagi keperluan harian. Nak basuh kereta boleh gunakan air tadahan hujan jika di Selangor turun hujan lebat.

Kita tidak digalakkan mandi lebih dari lima kali seperti biasa! Nak jimatkan air yang sedia tidak banyak ni, kita hanya gunakannya jika diperlukan sahaja. Warga Lembah Klang pasti sudah tahu kan apa nak buat sewaktu gangguan bekalan air berlaku?

Namun, kita berharap supaya kerja-kerja pembaikan kali ini dapat membantu mengelakkan gangguan bekalan air di Lembah Klang.

Ingat! Walaupun gangguan bekalan air tidak berlaku di semua kawasan, ini tidak bermakna kita boleh melakukan pembaziran air. Lakukan penjimatan air bersama-sama agar empangan air di negara kita tidak kering.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Travel, Trend dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *