Filem Stand By Me Doraemon 2 Penuh Emosi

07/12/2021 by No Comments

Khas buat penonton dan peminat di Malaysia, filem Stand By Me Doraemon 2 telah mula ditayangkan di Astro First, saluran 480 sejak 4 November yang lalu. Tayangan ini adalah bersempena ulang tahun ke-50 Doraemon dan sebagai penghargaan kepada semua peminat Doraemon di seluruh dunia.

Filem Stand By Me Doraemon 2
Sumber: SCMP

Menurut informasi yang Cik Min dapat, filem ini sudah ditayangkan di negara asalnya, iaitu Jepun. Filem ini dikhabarkan menjadi filem kedua dengan kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pertama tayangannya. Pada masa yang sama, filem ini turut berada dalam senarai Top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020.

Filem ini diarahkan oleh dua pengarah animasi terhebat di Jepun, iaitu Takashi Yamazaki dan Ryuichi Yagi.

Pengarah-pengarah filem Stand By Me Doraemon 2. – Sumber: Portalfield.com

Untuk pengetahuan anda, Takashi Yamazaki pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Japanese Academy Awards (2016). Beliau juga ialah pengarah kepada animasi seperti Space Battleship Yamato dan Destiny: The Tale of Kamakura.

Dikhabarkan, filem ini banyak bermain dengan emosi dan sangat menyentuh perasaan. Mesti anda ingin tahu, serba sedikit mengenai filem ini, kan? Mari baca sinopsis pendek yang Cik Min sediakan di bawah ini.

Sinopsis Filem Stand By Me Doraemon 2

Filem ini menceritakan kisah Nobita terjumpa anak patung pemberian neneknya yang secara tidak langsung membuatkan dia teringat kepada neneknya. Kemudian, Nobita bersama-sama Doraemon telah menggunakan terowong masa untuk merentas ke masa lampau untuk melihat neneknya.

Namun, neneknya sedar bahawa Nobita sedang menyorok di dalam almarinya dan percaya bahawa Nobita itu merupakan cucunya dari masa depan.

Filem Stand By Me Doraemon 2
Sumber: JFDB

Neneknya berharap Nobita dapat hidup bahagia dan dapat melihat siapakah bakal isteri Nobita.

Untuk memenuhi harapan neneknya itu, Nobita dan Doraemon membuat keputusan untuk merentas ke masa depan bagi melihat siapakah bakal isterinya.

Filem Stand By Me Doraemon 2
Sumber: www.imdb.com

Di sini, ada satu babak yang sangat tidak diduga terjadi kepada Nobita kanak-kanak dan Nobita dewasa. Cik Min tak mahu cerita sepenuhnya mengenai babak ini. Anda boleh menontonnya di Astro First, ya.

Dalam filem tersebut juga, terdapat beberapa babak yang Cik Min pasti akan menyentuh perasaan anda semua. Contohnya, seperti ketika Nobita bertemu neneknya, gelagat Takeshi Goda atau nama panggilannya, Giant dan Suneo serta imbas semula kenangan Nobita bersama Doraemon.

Lirik Lagu Tema Filem Stand By Me Doraemon 2 Menyentuh Hati

Walaupun ia sekadar filem animasi, tetapi setiap babak yang ada dalam filem tersebut diiringi muzik latar dan lagu tema.

Sumber: Chordify.net

Lagu tema nyanyian Masaki Suda, iaitu Rainbow (Niji) mampu menyentuh hati anda semua yang menontonnya. Anda boleh mendengar dan menghayati lirik lagu tema tersebut di sini.

Lagu tema tersebut dicipta untuk menggambarkan kegembiraan yang dirasai oleh Nobita dan Shizuka.

Filem Stand By Me Doraemon 2
Sumber: So Japan

Pengarah filem ini berkata, pada asalnya mereka tidak bercadang untuk membuat satu lagi “STAND BY ME DORAEMON”. Namun, setelah menghabiskan berjam-jam untuk menghasilkan storyboard dan dialog, akhirnya sekuel yang sesuai dengan filem pertama berjaya dihasilkan.

Selepas melakukan perbincangan dan pertimbangan, mereka akhirnya membuat keputusan untuk menghasilkan filem animasi yang hebat ini.

Bukan jalan cerita sahaja yang diberikan perhatian oleh pihak produksi, tetapi visual yang bersesuaian turut diambil kira.

Jadi, anda jangan lupa untuk saksikan filem Stand By Me Doraemon 2 yang sedang ditayangkan di Astro First yang telah bermula sejak 4 November yang lalu.

Siapkan tisu sebagai persediaan sebelum menonton, ya.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *