Fakta Tentang Mesut Ozil

08/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, Mesut Ozil merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain sebagai pemain tengah penyerang untuk kelab Super Lig İstanbul Basaksehir. Ozil terkenal dengan kemahiran teknikal, kreativiti, kemahiran hantaran dan penglihatannya. Jom kenali beberapa fakta tentang Mesut Ozil.

5 Fakta Tentang Mesut Ozil

Fakta Tentang Mesut Ozil
Gambar Sumber Arsenal.com

1. Ozil memulakan kerjaya bola sepak bersama Schalke 04. Pada usia 19 tahun Ozil telah menyertai Werder Bremen pada tahun 2008. Kehebatan Ozil telah membawanya ke kelab terkemuka Sepanyol, Real Madrid pada tahun 2010 dan telah membantu kelab itu memenangi kejuaraan La Liga.

Ozil kemudiannya menyertai Arsenal pada 2013 dengan nilai perpindahan £42.5 juta. Di England, Ozil memenangi tiga Piala FA dan mengakhiri penantian kelab selama 9 tahun untuk muncul juara Liga Perdana. Pada tahun 2021, Ozil telah menyertai kelab Turki, Fenerbahce, secara percuma dan tahun ini menyertai İstanbul Basaksehir.

2. Pada usia 20 tahun, Ozil menyertai pasukan kebangsaan Jerman dan telah beraksi dalam lima pertandingan utama bola sepak. Ozil muncul sebagai pemain paling banyak memberi bantuan pada Piala Dunia 2010 dan UEFA 2012 serta membantu Jerman mara ke separuh akhir.

Ozil juga turut membantu Jerman muncul juara Piala Dunia pada 2014 dan bersara dari perlawanan antarabangsa pada 2018 atas dasar diskiriminasi dan tidak hormat Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) serta media Jerman.

3. Selepas prestasi cemerlang Ozil dalam Piala Dunia 2010, dia telah menjadi rebutan kelab elit di seluruh dunia. Walaupun Ozil memilih untuk mewakili Real Madrid, Arsene Wenger yang mengendalikan kelab Arsenal tetap menjadikannya sebagai pemain yang wajib dibeli.

Fakta Tentang Mesut Ozil
Gambar Sumber ANTARA News

4. Ozil memberitahu amalannya sebelum turun ke padang ialah “Saya selalu membaca al-Quran sebelum keluar. Ini benar-benar membantu saya untuk fokus. Saya berdoa dan rakan sepasukan saya tahu bahawa mereka tidak boleh bercakap dengan saya dalam tempoh singkat ini (ketika membaca al-Quran)”.

5. Rupa Ozil tidak kelihatan seperti orang Jerman. Namanya juga tidak seperti kebanyakan rakan sepasukannya ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Hal ini demikian kerana nenek moyangnya berasal dari Turki dan dia merupakan generasi ketiga Jerman. Dalam hal ini, nenek moyang Ozil berasal dari Turki Utara dan dia boleh berbahasa Turki.

Untuk membaca lanjut tentang sejarah Fakta tentang Mesut Ozil boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang Fakta tentang Mesut Ozil pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Fakta Tentang Mesut Ozil” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *