Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

November 1, 2021 by No Comments

Baru-baru ini pada Khamis yang lalu, Facebook telah membuat satu penjenamaan semula dan Facebook kini dikenali sebagai Meta. Syarikat itu membuat penjenamaan semula secara besar-besaran untuk memberi fokus kepada membina “metaverse“, iaitu perkongsian persekitaran maya yang menjadi pengganti kepada internet mudah alih.

Syarikat Facebook seperti yang kita ketahui sememangnya sudah terkenal dengan jaringan media sosialnya seperti Instagram, Facebook, Ocolus, Messenger dan WhatsApp. Namun, semua aplikasi tersebut kini akan menjadi aplikasi di bawah Meta. Ketua Pengawai Eksekutif, Mark Zuckerberg dalam pembentangannya memberitahu perkhidmatan Facebook masih lagi wujud namun, hanya sekadar perkhidmatan yang sama Meta berikan kepada Instagram dan WhatsApp.

Mark Zuckerberg dalam persidangan Facebook Connect

Sebab Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Menerusi laman web Sinar Harian menyatakan bahawa pangasas Facebook itu, membuat penjenamaan nama baharu tersebut untuk mencerminkan usaha melabur dalam metaverse berbanding, perkhidmatan media sosial yang terus digelar sebagai Facebook.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg:

“Sudah tiba masanya untuk kami mengguna pakai jenama syarikat baharu bagi merangkumi semua yang kami lakukan, mencerminkan siapa kami dan apa yang kami harap untuk bina. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mulai hari ini, syarikat kami kini adalah Meta. Misi kami kekal sama. Ia masih mengenai menyatukan orang ramai. Aplikasi kami dan jenama kami, ia juga tidak berubah dan kami masih syarikat yang mereka bentuk teknologi di sekeliling.”

“Metaverse adalah sempadan seterusnya,” katanya lagi dalam pembentangan pada persidangan Facebook Connect, yang telah diadakan secara maya.

Syarikat Meta juga telah melancarkan tanda baharu di ibu pejabatnya di Menlo Park, California. Syarikat itu menggantikan logo “Suka” ibu jarinya kepada bentuk infiniti biru.

Tindakan penjenamaan itu dilakukan susulan beberapa siri kisah negatif tentang Facebook, berdasarkan dokumen yang dibocorkan oleh bekas pekerja. Hal ini kemudiannya menyebabkan, wujudnya syarikat induk yang baharu iaitu Facebook kini dikenali sebagai Meta.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.