Eco Shop Umum Kenaikan Harga Bermula 1 Disember

16/11/2021 by No Comments

Sebut sahaja nama Eco Shop atau ‘Kedai 2 Ringgit’, mesti tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, di situlah, semua rakyat tidak kira kaya atau miskin, mendapatkan barangan keperluan rumah dengan harga yang sangat murah. Namun begitu, baru-baru ini, Eco Shop, melalui Facebook Rasmi mereka, umum kenaikan harga barangan yang akan bermula pada 1 Disember ini. Cik Min pasti ramai yang berasa terkejut dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat itu.

Dulunya, harga barangan di Eco Shop hanyalah berharga RM2.10 untuk semua jenis barangan. Memang semua tertumpu di situ lah untuk membeli barangan, bermula daripada kelengkapan persekolahan, dapur, perhiasan rumah, makanan, sehinggalah peralatan membaiki kerosakan seperti hammer, skru, spanar dan lain-lain lagi.

Kalau Diimbas Kembali, Pasti Akan Teringat Dengan Satu Tagline Ini.

Sudah masuk tidak jumpa pintu keluar.

Iklan yang diterbitkan oleh Eco Shop Malaysia ini sememangnya membuatkan rakyat Malaysia terhibur. Bagi anda yang belum pernah melihat iklan tersebut, Cik Min sertakan video sebuah filem pendek ngeri daripada Eco Shop Malaysia untuk tontonan anda.

Sumber: Youtube eco-shop Malaysia

Cik Min pasti ramai yang faham dengan maksud tagline ini. Hehehe. Rakyat Malaysia terutamanya suri rumah selalunya menjadi mangsa di kedai ini. Mula-mula tu, ingat nak beli 2 jenis barang je, tetapi sekali keluar, nah. Boleh pergi sampai 2 hingga 3 beg plastik, dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan. ‘Berhantu’, kan?

Memang rambang mata habislah kalau masuk ke kedai ini. Walaupun harga barangan di Eco Shop ini murah tetapi kualitinya setanding dengan harga yang ditawarkan di pasaraya besar yang lain. Eco Shop ni sebenarnya sangat membantu rakyat Malaysia yang status ekonominya rendah dan yang perlu berjimat.

Anda bayangkan, harga bagi satu gelas kaca hanyalah RM2.10, kalau beli di pasaraya, mau pergi sampai RM5.00 ke atas. Banyak kan perbezaan harganya? Itu belum termasuk lagi dengan harga bagi barangan lain.

Sumber: kisahemasputih
Pelbagai jenis makanan yang dijual di Eco Shop. – Sumber: kisahemasputih

Untuk golongan ibu bapa, kat Eco Shop inilah tempat untuk membeli mainan untuk anak-anak anda. Semua jenis mainan, tidak kira untuk anak lelaki atau anak perempuan, semuanya hanya berharga RM2.10. Memang puas hatilah kalau membeli-belah di sini.

Sumber: Says
Mainan di Eco Shop. – Sumber: Says

Kos Barangan Meningkat Menjadi Punca Eco Shop Umum Kenaikan Harga Barangan

Berbalik kepada isu utama kita pada hari ini, iaitu Eco Shop umum kenaikan harga barangan sebanyak 10 sen bermula 1 Disember ini, Cik Min pasti ramai yang berasa kesal. Sebab dah terbiasa dengan harga RM2.10 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 di Langkawi, Sabah dan Sarawak, tiba-tiba naik lagi 10 sen.

Eco Shop, melalui posting mereka di Facebook, meluahkan kekesalan dalam tindakan tersebut, namun disebabkan kos barangan yang kian meningkat, mereka terpaksa akur untuk umum kenaikan harga barangan kepada rakyat Malaysia.

Harga jualan untuk Semenanjung Malaysia akan berubah daripada RM2.10 kepada RM2.20, manakala bagi Langkawi, Sabah dan Sarawak pula akan berubah daripada RM2.30 kepada RM2.40.

Dalam posting yang sama itu juga, Eco Shop berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong perkhidmatan mereka walaupun harga telah naik.

Mereka juga menyatakan mereka masih berpegang kepada prinsip utama perniagaan mereka, iaitu memastikan barangan yang dijual adalah berkualiti tinggi.

Apa Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Eco Shop Umum Kenaikan Harga Barangan?

Melalui posting yang dibuat di Facebook eco-shop Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pandangan yang berbeza mengenai isu kenaikan harga barangan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Kenaikan Harga di Eco Shop
Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Kenaikan Harga di Eco Shop
Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Kenaikan Harga di Eco Shop
Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Kenaikan Harga di Eco Shop
Komen Rakyat Malaysia Mengenai Isu Kenaikan Harga di Eco Shop

Berdasarkan komen-komen daripada rakyat Malaysia di posting tersebut, Cik Min dapat simpulkan ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Eco Shop kerana umum kenaikan harga sebanyak 10 sen.

Walau bagaimanapun, Cik Min harap kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bijak dalam membuat keputusan dan tidak membanding-bandingkan harga yang ditawarkan di Eco Shop dengan harga di kedai lain.

Bagi Cik Min, harga baru ini masih berbaloi dan murah, di samping pelbagai produk yang dijual tetap berkualiti dan boleh digunakan pada jangka masa yang lama.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *