Diskaun 50% istimewa KTMB – Aspirasi Keluarga Malaysia

09/12/2021 by No Comments

Berita gembira kepada anda yang merancang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman, tawaran diskaun 50% istimewa KTMB menanti anda!

Anda boleh menikmati tawaran diskaun istimewa bagi pembelian tiket ETS dan KTM Intercity pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia! Program tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pendaftaran KITS dan informasi pendaftaran MyRAIL5 dengan lebih lanjut pada program berkenaan.

Jom semua keluarga Malaysia hadir dan memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur nanti!

Diskaun 50% istimewa KTMB

Maklumat Program

  • Nama Program: 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
  • Tarikh: 9 hingga 12 Disember 2021
  • Masa: 9 a.m. – 10 p.m.
  • Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Senarai Acara Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Senarai berikut merupakan acara menarik yang diadakan pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia:

  • Persembahan Kebudayaan
  • Malam Aspirasi Seni
  • Pameran dan Jualan Usahawan
  • Galeri Pencapaian Kementerian
  • Program Bantuan
  • Pameran Kementerian dan Agensi
  • Karnival Kerjaya
  • Kaunter Perkhidmatan KTMB – Kementerian Pengangkutan Malaysia
  • I’m Youth
  • Kaunter Diskaun Pembayaran JPJ dan PDRM
Diskaun 50% istimewa KTMB

Perkhidmatan Kaunter KTMB – Diskaun 50% istimewa KTMB

Anda boleh kunjungi kaunter KTMB (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) pada Program 100 Hari Aspirasi Malaysia. Kaunter KTMB menawarkan perkhidmatan yang berikut iaitu:

  • Tawaran diskaun 50% bagi pembelian tiket ETS dan KTM Intercity
  • Informasi berkenaan MyRAIL5 bagi pas bulanan dan perjalanan tanpa had
  • Khidmat nasihat pendaftaran KITS: Sistem Pembelian Tiket Integrasi KTMB

Berikut maklumat penting berkenaan tawaran diskaun yang ditawarkan:

  • Tawaran diskaun istimewa ini hanya boleh didapati di booth KTMB yang dibuka bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sahaja.
  • Tawaran diskaun tidak terpakai bagi pembelian secara online atau di mana-mana kaunter KTMB.
  • Pembelian tiket dengan tawaran diskaun adalah bagi perjalanan seluruh negara pada bila-bila masa sehingga hujung tahun ini (bergantung kepada ketersediaan).
Diskaun 50% istimewa KTMB

Untuk maklumat dan info lanjut mengenai diskaun 50% istimewa KTMB, anda boleh layari laman sesawang KTM Berhad atau hubungi talian 03-2267 1200 atau emel call center KTMB.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *