Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC

27/11/2023 by No Comments

Siapa yang masih belum tahu bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC, telah membuka bicara tentang kesihatan mental di Amerika Syarikat?

Kalau anda nak tahu, event tersebut telah dijalankan di Apple Park, anjuran isteri kepada Perdana Menteri Amerika Syarikat, Jill Biden. Forum kesihatan mental ini telah dihadiri oleh beberapa nama ternama di dunia, termasuk Pengawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Rosé daripada salah satu Kumpulan K-Pop Selatan popular iaitu, Blackpink.

Anda nak tahu apa yang yang dikongsikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC ini? Kalau nak tahu, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis tau…

‘Manusia Memerlukan Human Touch‘ – Kata Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC

Dalam perbincangan santai bercampur formal bersama isteri-isteri perdana menteri lain dan tetamu kehormat, Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi pendapat tentang wajarnya sentuhan manusia atau human touch dalam kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Beliau menegaskan kepentingan ini kerana generasi sekarang hampir sepenuhnya hidup di dalam alam maya.

“Kita tidak boleh bergantung kepada teknologi, tetapi perlu ada ‘human touch’, kerana kita hidup dalam dunia alam maya membuatkan kita mahu tunjukkan seolah kehidupan itu sempurna. Sama seperti mengambil gambar dan tersenyum lebar, tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya,” 

– Datuk Seri Dr Wan Azizah

Para pembaca boleh klik di sini atau tonton video tersebut di Aplikasi X yang Cik Min sediakan di bawah.

Cadangan Penambah baikan untuk Apple Watch

Dalam forum kesihatan mental itu juga, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut mencadangkan kepada Pengawai Eksektif Apple, Tim Cook, untuk menambah ciri-ciri khas kepada jam tangan Apple bagi mengenal pasti perubahan emosi manusia.

Beliau juga menekankan bahawa kepentingan melawan depresi dan bagaimana inovasi, serta kolaborasi Amerika Syarikat dan Malaysia boleh dilakukan dalam menghadapi isu kesihatan mental dalam negara. Kalau anda nak tonton video perbincangan tersebut melalui TikTok @ashrafxdaniel.

Detik-detik Perbincangan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama Rosé Blackpink

Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC
Kredit: Buletin TV3

Vokalis terkenal kumpulan Korea Pop (K-Pop) Selatan Blackpink yang bernama Rosé itu turut aktif dalam perbicangan berkaitan isu kesihatan mental di APEC. Penyanyi tersebut menceritakan bahawa dirinya yang bergiat aktif dalam dunia hiburan sering menjadi topik hangat, yang boleh membahayakan kesihatan mentalnya sendiri.

“Saya dapat merasakan apa yang saya lakukan tidak pernah cukup, dan tidak kira betapa sukarnya saya bekerja dalam menjayakan sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau yang suka mengawal naratif. Dan bagi saya, itulah sebuah kesunyian”

– Rosé Blackpink

Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC juga ada bertanyakan kepada penyanyi wanita tersebut, tentang pendapat beliau terhadap mereka yang memyembunyikan isu kesihatan mental di alam maya.

Rosé menjawab soalan tersebut dengan menyokong pendapat beliau dalam menyatakan bahawa, menceritakan perasaan dan emosi kita sebagai manusia adalah bukan norma biasa, namun ia adalah lumrah kehidupan manusia dalam mempunyai emosi tidak menentu dari semasa ke semasa.

Kalau anda peminat Blackpink atau lebih dikenali sebagai Blink, dan ingin menonton interaksi Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Rosé Blackpink, anda boleh klik di sini atau tonton sahaja video TikTok yang Cik Min sediakan di bawah ya!

@ahkau123456789

*4. Wan Azizah bertemu CEO Apple dan Rose Blackpink* Sempena Sidang Kemuncak APEC, Dr. Wan Azizah telah menghadiri forum anjuran Apple bersama Tim Cook (CEO Apple) dan Rose (Blackpink). Mereka membincang tentang kesihatan mental dan teknologi AI. Rose Blackpink yang mempunyai 75 juta followers di Instagram mengaku dirinya menghadapi cabaran menangani komen-komen negatif netizen. Beliau kadang kalanya berasa sedih kerana usaha terbaik macam mana pun dalam bidang seni yang diceburinya, masih terdapat netizen yang berlainan pendapat dan cuba menjatuhkannya. “Social media does affect me,” kata Rose. Tetapi persoalan yang mencuri tumpuan media adalah soalan panas yang diajukan oleh Dr. Wan Azizah kepada Tim Cook. Beliau menyentuh pasal teknologi AI di mana sebuah video Anwar berucap dalam bahasa Korea telah menjadi tular pada baru-baru ini. Beliau juga bertanyakan CEO Apple itu, sejauh manakah Apple melindungi data peribadi para pengguna dan apakah teknologi AI Apple memberi kesan kepada kesihatan mental para penggunanya? Memetik contoh Apple Watch, Dr. Wan Azizah telah bertanyakan bagaimana Apple mengguna data-data peribadi yang dikutip melalui Apple Watch. Kalau kita tahu pasal Apple Watch ini, banyak data peribadi yang dikutip, antaranya kadar jantung, kadar oksigen dalam darah, sejarah tidur, rekod-rekod kesihatan dan perubatan dan lain-lain. #kerajaanperpaduan #roseblackpink #drwanazizah #anwaribrahim #blink #fyp

♬ bunyi asal – Munirshah – Munirshah

Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tentang Forum Kesihatan Mental

Forum Kesihatan Mental yang diadakan di Apple Park, San Francisco, itu telah menarik perhatian ramai dek kerana kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC dan Rosé daripada Blackpink.

Bukan itu sahaja, bahkan ia juga mampu membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang isu-isu kesihatan mental seperti depresi dan bunuh diri, yang kian membuka mata orang ramai. Hal ini telah membantu mewujudkan sifat keprihatinan dari warga seluruh dunia untuk berusaha membantu orang-orang yang terdekat dan tersayang.

Menarik kan kupasan Cik Min kali ini? Kesihatan mental ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk dijaga, lagi-lagi buat mereka yang berkeluarga, bekerja, hatta mereka yang masih lagi belajar.

Tanggungjawab yang kita galas mungkin meresahkan kehidupan seharian, jadi carilah sesuatu atau seseorang yang boleh anda ceritakan masalah kepada mereka. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Datuk Seri Dr Wan Azizah di APEC”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *