Dadi Cinema Baru Dibuka di Malaysia!

03/11/2021 by No Comments

Cik Min ada berita baik untuk kaki wayang di Malaysia! Selepas berbulan-bulan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, akhirnya dua cawangan Dadi Cinema baru dibuka kepada semua penonton.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi Dadi Cinema pada Khamis (28 Oktober) di mana mereka mengumumkan bahawa mereka bersedia memberi khidmat kepada penonton wayang di Pavilion, KL dan Damen USJ.

Buat pengetahuan anda, Dadi Cinema di Malaysia ini adalah lokasi luar negara yang pertama.

Dua outlet Dadi Cinema baru dibuka – Pavilion, KL dan Damen USJ

Dadi Cinema merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di China dan kini telah melancarkan dua cawangan di Lembah Klang – Pavilion, KL dan juga Damen USJ.

Kedua-dua cawangan ini dibuka serentak pada 1 November 2021.

Cawangan Dadi Cinema baru dibuka di Pavilion KL akan menggantikan GSC yang telah ditutup

Dadi Cinema baru dibuka
Dewan Star Max Pavillion KL

Dadi Cinema di cawangan Pavilion, KL akan menawarkan tiga pengalaman sinematik baru untuk anda pilih – Star Max, Star+ dan Lil Star. Satu perkara yang pasti, ketiga-tiganya akan menampilkan konsep unik dan pengalaman menonton filem yang tidak dapat dilupakan. 

Mana tidaknya, Dadi Cinema memperkenalkan konsep reka bentuk yang sangat menakjubkan dan ia seolah-olah seperti anda sedang menonton sebuah filem di bawah bintang dan galaksi!

Projektor laser canggih juga digunakan untuk menampilkan grafik pawagam yang lebih jelas dan terang. Bukan itu sahaja, sistem bunyi Dolby Atmos pula menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan.

Dadi Cinema yang baru dibuka di cawangan Pavilion, KL turut menampilkan 13 skrin dan 1776 tempat duduk secara keseluruhan yang dilengkapi dengan port USB.

Dadi Cinema bakal dibuka
Pavillion KL Dewan Lil Star

Paling menariknya, anda boleh membawa anak-anak kecil anda menonton filem kerana ia mempunyai dewan kanak-kanak – Lil Star Playland yang dilengkapi dengan ruang istirahat untuk mereka bermain sambil menonton wayang. 

Untuk malam romantis bersama pasangan anda, anda boleh memilih dewan Star+ premium. Menarik bukan?

Untuk warga Subang, anda boleh menonton di Dadi Cinema Damen USJ

Bagi Dadi Cinema di cawangan Damen USJ pula menampilkan konsep yang berbeza dari cawangan di Pavilion, KL. Temanya ialah “Street Scheme” (Da Men Street), dihiasi dengan gambar rajah seni bina, tanda syarat lalu lintas serta banyak lagi. 

Semestinya akan membuatkan anda berasa lebih girang walaupun tayangan belum dimulakan. 

Dadi Cinema Damen USJ mempunyai dewan yang lebih kecil berbanding Pavilion, KL. Ia menawarkan 8 skrin dan 623 tempat duduk secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, ia menawarkan pengalaman pawagam yang sama. 

“Kami tidak sabar untuk menonjolkan keistimewaan Dadi Cinema kepada semua rakyat Malaysia dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke semua pawagam baru kami.”

Jessica Chong, Pengurus Kanan Pemasaran Dadi Cinema

Jadi tunggu apa lagi? Kepada yang sudah lama tidak menonton wayang jangan lupa untuk merasai pengalaman menonton filem yang luar biasa di Dadi Cinema.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari Facebook dan laman web rasmi mereka.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *