Cendawan Busut Punca 9 Beranak Keracunan

18/11/2021 by No Comments

Hidangan sayur cendawan busut goreng menjadi punca 9 beranak mengalami keracunan makanan.

Cendawan busut atau ‘kulat pusu’ ini hanya akan tumbuh pada musim tertentu, iaitu pada musim tengkujuh.

Tumbuhan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak selain kesukaran untuk diperoleh.

Cendawan Busut Punca 9 Beranak Keracunan
Gambar sekadar hiasan. – Sumber: Ujangchengkau.blogspot

Sebenarnya, cendawan busut ini tumbuh juga pada musim lain, tetapi jumlahnya tidaklah banyak sebagaimana semasa musim tengkujuh.

Kebiasaannya cendawan ini akan tumbuh di kawasan yang mempunyai busut, ekoran tempat tersebut adalah lembap dan mudah untuk cendawan membiak.

Cik Min pula suka betul kalau cendawan ni dibuat masak lemak cili padi, pedas-pedas. Memang sedap. Boleh tambah nasi sampai dua pinggan. Hehehe.

Tapi lain pula nasib yang menimpa sebuah keluarga di Kampung Nyiur, Paka, Terengganu ini.

Niat untuk menikmati cendawan busut sebagai juadah tengah hari bertukar tragedi apabila 9 beranak terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memakan hidangan tersebut.

Kejadian Cendawan Busut Punca 9 Beranak Keracunan

Cendawan Busut Punca 9 Beranak Keracunan
Sumber: Kosmo

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 8 November yang lalu.

Pada mulanya, si ibu, Nurul Musfirah berkata, beliau mengutip cendawan busut yang tumbuh berdekatan dengan rumahnya untuk dijadikan hidangan tengah hari.

Cendawan yang dikutipnya itu, kemudiannya digoreng bersama kacang panjang.

Hidangan tersebut dimakan oleh semua ahli keluarga kecuali anak bongsu yang berusia setahun lebih.

Tidak lama selepas itu, mereka merasa perut mereka menjadi panas hingga seorang demi seorang anak mereka rebah.

Beliau menjadi lebih takut dan gelisah apabila mendapati dirinya berserta suami dan anak keempatnya muntah darah.

Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan suaminya, Muhammad Nurhadi terpaksa menguatkan diri untuk memandu van, membawa semua anak-anaknya ke Klinik Kesihatan Paka untuk mendapatkan rawatan.

Setelah tiba di sana, mereka dikejarkan ke Hospital Dungun dengan menaiki sebuah ambulans hospital berkenaan.

Mereka dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapatkan rawatan selama tiga hari.

Punca Keracunan Cendawan Busut Terhadap 9 Beranak

Punca keracunan cendawan busut yang dialami 9 beranak berkenaan masih belum dapat dikenalpasti.

Namun, menurut pegawai kesihatan yang bertugas, beliau tidak menolak kemungkinan keracunan adalah disebabkan oleh cendawan itu sendiri.

Berikutan kejadian ini, Cik Min ingin menyeru anda semua supaya berjaga-jaga semasa nak makan sebarang jenis cendawan.

Takut perkara tak diingini berlaku, lagi takut kalau terjadi dekat mak, ayah dan anak-anak kita.

Dengan keadaan endemik sekarang ini, risau takut hospital penuh dan tidak dapat melayan kes-kes sebegini dengan kadar yang segera.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *