Cara Tuntut Insurans Kereta Banjir

24/12/2021 by No Comments

Cik Min tahu disebabkan banjir teruk yang berlaku ini, ramai mangsa mengalami kerugian disebabkan kerosakan kereta. Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin menyarankan anda semua tentang cara tuntut insurans kereta banjir.

Jom, ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah.

Cara Tuntut Insurans Kereta Banjir

Cara Tuntut Insurans Kereta Banjir

Di bawah merupakan cara claim insurans kereta banjir yang Cik Min dapat melalui satu perkongsian video daripada TikTok Wapca Adrian.

1. Ambil Gambar Kereta yang Terlibat sebagai Bukti

Perkara penting yang anda perlu lakukan ialah mengambil gambar kereta sebagai bukti. Anda perlu catatkan lokasi, tarikh dan masa kereta anda dilanda banjir. Disarankan gambar yang diambil juga perlu mempunyai nombor plat kereta kerana ia dapat dijadikan sebagai bukti.

2. Buat Laporan Polis

Pihak insurans akan minta salinan laporan polis daripada anda untuk membuat tuntutan. Laporan polis perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam.

3. Jangan Start Kereta – Cara Tuntut Insurans Kereta Banjir

Anda dinasihatkan untuk tidak start kereta dan terus buat towing sahaja. Hal ini kerana, sekiranya anda mula hidupkan kereta, berkemungkinan enjin akan rosak dan pihak insurans akan guna alasan kecuaian anda untuk tidak membenarkan anda membuat tuntutan.

4. Tow Kereta ke Bengkel Panel atau Kilang

Pastikan kereta anda ditow ke bengkel panel atau kilang untuk mempercepatkan proses tuntutan.

Antara Tips untuk Tuntut Insurans Kereta Banjir

  1. Ambil gambar kereta yang terlibat sebagai bukti.
  2. Call hotline general insurans atau takaful.
  3. Syarikat takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta.
  4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaik pulih oleh panel syarikat takaful.
  5. Coverage banjir ini hanya boleh dituntut sekiranya anda mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, anda perlu repair sendiri.

Senarai Hotline Syarikat General Insurans/Takaful

Senarai di bawah merupakan nombor hotline syarikat general/takaful untuk rujukan anda semua.

  1. Zurich: 1-300-88-6222
  2. Etiqa: 1-300-13-8888
  3. Alliance: 1-800-22-5542
  4. AXA Affin: 03-7989-0310
  5. Berjaya Sompo: 1-800-18-8033
  6. AM General: 1800-88-6333
  7. Kurnia: 1-800-88-3833
  8. Pacific & Orient Insurance: 1 -800-88-2121
  9. RHB: 1-300-220-007
  10. Lonpac: 03-2262 8666
  11. Tune: 1-800-22-8863
  12. Liberty: 1-800-88-5005/8990
  13. Takaful Ikhlas: 1-800-88-1186
  14. Takaful Malaysia: 1-800-888-788

Untuk makluman tuntutan baik pulih kenderaan yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/takaful. Anda perlu memastikan bahawa anda ada Special Perils Rider dalam existing cover note insurans/takaful, supaya tak ada masalah yang timbul ketika membuat tuntutan.

Cara Tuntut Insurans Kereta Banjir

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *