Cara Tukar Alamat Mengundi

25/11/2022 by No Comments

Pasti ramai di kalangan kita yang ingin mengetahui cara tukar alamat mengundi kan? Mari Cik Min beritahu caranya. Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.

Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Prosedur Penukaran Alamat Mengundi

Menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).

Selepas itu, bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. Dalam hal ini, urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.

Pemilih juga boleh membuat permohonan tukar tempat mengundi secara online di sini.

Cara Tukar Alamat Mengundi

Langkah-langkah di bawah merupakan cara tukar alamat mengundi anda kepada alamat terkini.

  1. 1. Imbas Kod QR atau klik pautan ini.
  2. 2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. 3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya/Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. 4. Pilih ” KATEGORI PEMILIH” di Bahagian 1.
  5. 5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. 6. Muat naik GAMBAR DEPAN MYkad/kad kuasa polis/ My Tentera dan GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD/KAD KUASA POLIS/ MY TENTERA jika berkenaan.
  7. 7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. 8. Anda akan menerima menerima No. TAC melalui E-MEL dan SMS. Masukkan No. TAC dan klik HANTAR.
  9. 9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia” melalui e-mel.

Kepada pemilih yang ingin menukar alamat tempat mengundi, anda boleh ikuti langkah-langkah cara tukar alamat mengundi seperti yang telah Cik Min berikan ini ya! Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Jom dapatkan lebih banyak artikel menarik di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *