Cara Menggunakan MySJ Trace

03/01/2022 by No Comments

Baru-baru ini, satu ciri baharu MySejahtera diperkenalkan dalam update terkini. MySJ Trace menggunakan bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga menggunakan ciri yang sama. Ciri tersebut akan memberi maklumat secara live bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga mengaktifkan MySJ Trace. Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min akan berkongsi dengan anda semua tentang cara menggunakan MySJ Trace.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Harian Post. Mari ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah.

Cara Menggunakan MySJ Trace

MySJ Trace Ganti Fungsi Check Out

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.

Semua data interaksi adalah anonymised, bermaksud data tidak akan didedahkan.

Menerusi ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter,

“Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam setting indoor.

“Ciri checkout tidak lagi di pakai.”

Menurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember 2021.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama. Hal ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

Cara Menggunakan MySJ Trace

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

Cara Menggunakan MySJ Trace

Untuk menggunakan atau mengemas kini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawah.
  3. Tekan butang MULA.
  4. Tekan butang SETUJU.
  5. Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace.
  6. Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan.

Sila rujuk langkah bergambar di bawah:

Cara Menggunakan MySJ Trace
Cara Menggunakan MySJ Trace

Cara MySejahtera Trace Berfungsi – Cara Menggunakan MySJ Trace

  1. Seseorang yang disahkan positif COVID-19 akan diberikan notifikasi bagi mendapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka.
  2. Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan.
  3. Keseluruhan proses pengesanan kontak dan penyimpanan data dijamin keselamatan/kerahsiaan oleh kerajaan.
Cara Menggunakan MySJ Trace

Cara Mengaktifkan MySJ Trace – Cara Menggunakan MySJ Trace

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.

Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera (MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk soalan lazim berkaitan fungsi MySejahtera Trace seperti dalam fail di bawah:

Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan MySJ Trace, sila layari portal MySejahtera.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *