Cara Memohon Tong Sampah RORO

06/02/2023 by No Comments

Tong sampah RORO atau dikenali sebagai ‘Roll-On Roll-Off (RORO) Bin’ yang diperbuat daripada besi, yang boleh dibawa naik dan dibawa turun menggunakan lori ini adalah untuk tujuan tertentu seperti:

– Sisa atau buangan daripada kerja pembinaan
– Kerja pengubahsuaian rumah
– Mengangkat tanah
– Mengangkut kayu
– Pembersihan selepas majlis besar dan sebagainya

Walaupun Tong RORO ini boleh digunakan oleh orang awam, tetapi ia lebih popular digunakan dalam kalangan syarikat-syarikat sektor komersial serta perindustrian.

Saiz Tong Sampah RORO

Tong Sampah Roro
Sumber: Facebook SZ Design Studio

Gambar di atas menunjukkan reka bentuk Tong RORO yang biasa digunakan di Malaysia. Tong RORO boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut keperluan, contohnya, tong dengan ketinggian 2 kaki, 3 kaki, 4 kaki dan 5 kaki.

Tong RORO juga mempunyai pelbagai saiz dengan kapasiti 17, 20, 35 dan 40 ela. Saiz 17 ela adalah sesuai bagi projek binaan serta pembongkaran. Bagi saiz 35 dan 40 ela pula adalah lebih sesuai bagi pengeluar sisa komersial dalam jumlah besar.

Cara Memohon Tong Sampah Roro

1. Mesti melalui persatuan penduduk

Tong Sampah Roro

Syarat utama bagi memohon tong sampah RORO ialah, ia mesti melalui persatuan penduduk, JPKK atau melalui jawatan kuasa surau.

Pihak komuniti perlu mengemukakan permohonan kepada majlis perbandaran bagi mendapatkan tong RORO kerana permohonan secara individu adalah TIDAK dibenarkan.

2. Mesti diletakkan di atas tanah persendirian

Tong Sampah Roro

Tong RORO yang dimohon perlu ditempatkan di kawasan yang khusus dan berada di atas tanah persendirian. Tempat yang dipilih juga perlu mendapat persetujuan orang-orang di sekitar, supaya tiada isu berbangkit pada masa akan datang.

Jika tong RORO ingin diletakkan di atas tanah awam, pemohon mesti mendapatkan persetujuaan daripada majlis perbandaran.

3. Kajian permohonan tong RORO

Tong RORO yang dimohon oleh pemohon tidak semestinya akan mendapat kelulusan. Malahan, setiap permohonan akan dikaji dan diteliti terlebih dahulu sama ada mempunyai keperluan secara holistic atau tidak penggunaan tong RORO tersebut di sesebuah kawasan.

Cik Min harap perkongsian berkaitan tong sampah RORO ini boleh membantu anda dalam urusan-urusan permohonan ya. Semoga dipermudahkan!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Cara Memohon Tong Sampah RORO”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *