Cara ke Universal Studio Singapura

02/03/2023 by No Comments

Cik Min yakin, pasti ramai yang lebih suka travel secara bersendirian atau tanpa tour guide kan? Jadi hari ini, jom Cik Min kongsikan cara untuk ke Universal Studio Singapura tanpa tour guide. Oh ya, perkongsian hari ini Cik Min adaptasi daripada Tiktok [kehjudapnyeh].

Tidak dinafikan, Singapura mempunyai pelbagai daya tarikan walaupun size negaranya agak kecil. Antara keunikan dan daya tarikan di Singapura adalah Universal Studio Singapura (USS). Ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Singapura kerana mahu berkungjung ke USS ini semata-mata tau!

Persediaan Sebelum Bertolak

Sebelum bertolak ke mana-mana lokasi, seharusnya kita menyediakan pelbagai keperluan yang secukupnya supaya risiko berlaku sebarang masalah sepanjang perjalanan dapat dikurangkan. Bak kata peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” ini, wajarlah dijadikan pedoman jika mahu melancong atau bergerak ke mana-mana tempat, terutama apabila ia melibatkan negara luar.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

  1. 1. Download aplikasi Singapore MRT and LRT offline.
  2. 2. Dapatkan Nets FlashPay card.

Aplikasi Singapore MRT and LRT offline ini boleh didapatkan di Google Playstore, manakala Nets FlashPay card pula merupakan kad untuk bergerak di Singapura menggunakan bas, MRT dan LRT. Ia boleh didapatkan di:

  • 1. Stesen minyak di Singapura seperti Shell, Caltex, SPC, Esso;
  • 2. NETS Customer Service Centre, Singapura.

Cara ke Universal Studio Singapura Tanpa Tour Guide

Berita gembira buat mereka yang sukakan pengembaraan secara bersendirian atau tanpa tour guide, mari Cik Min terangkan cara bagaimana anda semua boleh ke Universal Studio Singapura dengan menaiki pengangkutan awam sahaja.

1. Pergi ke JB Sentral ataupun Johor Bahru Sentral dan terus ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Cara ke Universal Studio Singapura

2. Kemudian anda boleh naik bas untuk ke stesen MRT Kranji di Singapura dengan tambang sekitar RM10.

Cara ke Universal Studio Singapura

3. Seterusnya, anda perlu mengambil MRT dari stesen Kranji menuju ke Outrum Park.

Setelah sampai ke stesen Outrum Park anda perlu bertukar stesen untuk ke Harbour Front dan bergerak sehingga sampai ke Vivo City.

4. Akhir sekali, setelah sampai ke Vivo City, anda perlu mencari Sentosa Express menuju ke WaterFront dan anda akan tiba di destinasi idaman iaitu, Universal Studio Singapura!

Wah mudah juga ya… Hanya dengan pengangkutan awam sahaja, kita sudah boleh melancong ke negara jiran. Cik Min harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk ke Universal Studio Singapura ya. Selamat mencuba!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Cara ke Universal Studio Singapura”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *