Cafe Marion Cherating – Tarikan Baharu di Kuantan
Bonjour! Mesti anda semua tertanya-tanya mengapa Cik Min menulis bahasa Perancis pula ni? Untuk anda yang rindukan makanan negara France, sudah tentu Cafe Marion di Cherating ini menjadi tempat pilihan anda.
Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah kafe di Cherating, Kuantan. Informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan melalui perkongsian Azwan Aznan di page Cuti-Cuti Low Bajet.
Pengasas Cafe Marion Cherating
Untuk pengetahuan anda semua, Cafe Marion ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Doje dan Marion, Marion merupakan seorang muslim Perancis. Cafe Marion ini menyediakan pelbagai jenis makanan pencuci mulut dan pastri asli Perancis. Sedapnya! Cik Min pula yang mula kecur air liur apabila bercakap tentang makanan ni!
Makanan di Cafe Marion Cherating
Bercakap mengenai pastri dan pencuci mulut ni, Cik Min sememangnya gemar makan makanan manis. Mana tidaknya, tengok sahaja gambar-gambar makanan yang ada di kafe ini, menyelerakan!
Mari Cik Min kongsikan makanan-makanan yang ada di kafe ini.
1. Tart
Cafe Marion ini sememangnya sangat terkenal dengan pelbagai aneka tart iaitu Chocolate Caramel Tart, Strawberry Tart, Cappuccino Tart dan Lemon Meringue Tart iaitu makanan pencuci mulut Perancis yang sangat popular. Tart di kafe ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tengok sahaja visualnya, nampak sedap, bukan?
2. Salted Butter Caramel | Cafe Marion Cherating
Cafe Marion ini juga ada menjual makanan atau jem yang boleh dimakan bersama-sama roti. Salted Butter Caramel ini dibuat dengan menggunakan resipi khas Perancis. Jem ni juga tidak mempunyai perisa tambahan, pewarna dan bahan pengawet.
Ianya juga sesuai dimakan bersama pancake dan popcorn.
3. Eclair
Di Cafe Marion ini juga ada menyediakan makanan seperti Eclair Chocolate. Eclair Chocolate merupakan roti panjang dan nipis yang dipenuhi dengan krim coklat dan atasnya dihiaskan dengan aising coklat.
Selain itu, terdapat juga makanan pencuci mulut yang lain seperti Brownies.
4. Cheesecake
Cafe Marion ini juga menyediakan pelbagai jenis Cheesecake yang boleh menyebabkan anda semua terujalah melihatnya! Mesti anda semua tak tahu hendak beli yang mana, sebab semua sedap!
Terdapat pelbagai jenis perisa antaranya Whole Salted Caramel Cheesecake, Classic Cheesecake, Pineapple Cheesecake dan Kaya Cheesecake.
5. French Croque Monsieur
Tengok sahaja gambar di bawah ni, terus rasa lapar kan? French Croque Monsieur merupakan salah satu menu yang ada dijual di Cafe Marion ini.
Minuman di Cafe Marion Cherating
Dah seronok makan pastri dan pencuci mulut, mesti dahaga juga kan? Di kafe ini ada juga menyediakan pelbagai jenis minuman untuk pelanggan yang berkunjung ke kafe mereka.
Antara minuman yang dijual di kafe ini ialah Chocolate Viennois, Americano, Latte dan Cappuccino.
Kepada anda yang berminat untuk datang ke Cafe Marion ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.
Cafe Marion
Dibuka pada hari Khamis hingga Isnin
Waktu operasi: Buka 1.00 p.m – 7.00 p.m, Jumaat 2.30 p.m – 7.00 p.m
Alamat:
1011, Jalan Kampung Cherating Lama,
Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
No. Tel: 013-2004305
Anda juga boleh merujuk laman Instagram Cafe Marion untuk maklumat lanjut.
Sekian sahaja pengkongsian Cik Min tentang Cafe Marion kali ini. Jadi, kalau anda semua nak bercuti ke Kuantan jangan lupa ajak keluarga dan orang tersayang datang ke kafe ini ya?
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem