BREAKOUT Escape Room Malaysia

03/04/2023 by No Comments

Pernah dengar tentang BREAKOUT Escape Room Malaysia? Jika anda suka bermain permainan yang menguji dan mencabar minda, anda bolehlah mencuba salah satu ‘escape game‘ di Malaysia ini.

BREAKOUT Escape Room ini terletak di beberapa lokasi seperti Avenue K di KLCC, NU Sentral di KL Sentral, The Shore di Melaka dan The Curve di Damansara .

BREAKOUT Escape Room Malaysia adalah salah satu ‘escape game‘ di Malaysia yang menawarkan konsep gabungan lakon peranan ketika bermain. Anda akan dikunci di dalam sebuah bilik untuk menyelesaikan permainan tersebut dalam 45 minit sahaja tau… Fuh, dah sama macam dalam filem The Room!

Cara Bermain BREAKOUT Escape Room Malaysia

Jika anda tidak pernah bermain di BREAKOUT, pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk bermain permainan di sini kan? Ha kalau nak tahu, kenalah teruskan membaca perkongsian Cik Min tentang cara untuk bermain di ‘escape room’ ini!

1. Beli Tiket Secara Online

Untuk bermain, anda perlulah membeli tiket terlebih dahulu dengan ‘book’ slot secara dalam talian di sini. Anda tidak dibenarkan ‘walk-in’ untuk sebarang pembelian tiket ya!

Harga tiket pula mengikut jumlah orang yang bermain. Jadi, jika anda bermain seramai 8 orang dalam satu kumpulan, harga tiketnya lebih murah iaitu serendah RM38 seorang.

BREAKOUT Escape Room Malaysia

2. Bentuk Satu Kumpulan

Kebiasaannya, permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan iaitu seramai 2 hingga 8 orang. Jadi, ia sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai idea aktiviti ‘team building‘. Bolehlah anda bermain bersama rakan-rakan dan ahli keluarga nanti. Lagi ramai, lagi best!

BREAKOUT Escape Room Malaysia
Sumber: Kawai

3. Pilih Tema Bilik

Ketika membeli tiket, anda perlu memilih tema yang tersedia dan tahap kesukaran yang anda mahukan siap-siap. Level yang boleh dipilih bermula daripada paling mudah sehingga paling sukar. Jika anda tidak pernah bermain, Cik Min sarankan untuk ambil tema yang paling mudah dulu ya!

Di BREAKOUT ini juga terdapat pelbagai tema yang boleh anda pilih. Di cawangan NU Sentral contohnya, terdapat 7 tema tersedia seperti Perpetual, Dreadnought, The Secret of Hocus dan pelbagai lagi.

BREAKOUT Escape Room Malaysia
Sumber: Kawai

4. Pilih Karakter Anda

Sebelum memulakan permainan, anda perlulah memilih karakter yang ingin dipegang untuk bermain. Setiap tema akan mempunyai karakter yang berlainan dan mempunyai keistimewaan serta kebolehan tersendiri. Karakter yang ada adalah seperti penjaga masa, penjaga cahaya, orang yang mencari ‘clue’ dan pelbagai lagi.

Sumber: DanielMau

5. Jom Mulakan Jelajah Misteri Anda di BREAKOUT Escape Room Malaysia!

Setelah selesai memilih karakter dan sesi ‘briefing’, anda sudah boleh memulakan cabaran menguji minda ini dalam tempoh masa 45 minit. Pastikan setiap watak menjalankan tugas sebagai satu kumpulan dan memainkan peranan masing-masing sebaiknya. Bak kata WonderPets, “Apa yang penting? Kerjasama!”

BREAKOUT Escape Room Malaysia

Jom Cuba BREAKOUT Escape Room Malaysia!

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 A.M. – 10 P.M.
Laman web: https://www.breakout.com.my/
Facebookwww.facebook.com/Breakout.com.my
Instagram: @breakout_malaysia

Memandangkan Cik Min sudah berkongsikan sedikit sebanyak tentang BREAKOUT Escape Room ini, jadi sekarang bolehlah anda pula cuba untuk menguji kebijaksanaan dengan mencari klu dan menyiapkan cabaran di sini dalam masa yang singkat ya. Enjoyyy!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “BREAKOUT Escape Room Malaysia”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *