BlackBerry Tamat Perkhidmatan Mulai 4 Januari 2022

07/01/2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu berita tentang jenama peranti yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, iaitu BlackBerry akan menamatkan perkhidmatannya. BlackBerry tamat perkhidmatan mulai 4 Januari 2022! Umumnya mengetahui BlackBerry bukanlah satu jenama asing bagi peminat teknologi. BlackBerry sebelum ini pernah dianggap sebagai peneraju utama dalam industri telefon pintar.

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang telefon pintar BlackBerry yang telah ditamatkan perkhidmatannya ini. Infomasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Astro Awani.

BlackBerry Tamat Perkhidmatan Mulai 4 Januari 2022

Telefon Pintar BlackBerry – BlackBerry Tamat Perkhidmatan Mulai 4 Januari 2022

Syarikat telefon pintar, BlackBerry telah menghentikan sistem operasi peranti model keluarannya seperti BlackBerry 10, 7.1 OS dan produk keluaran sebelumnya secara rasmi bermula Selasa.

Hal ini bermakna, semua peranti lama milik jenama itu yang tidak menggunakan data perisian Android tidak lagi dapat mengakses data, menghantar sistem pesanan ringkas, mengakses internet atau membuat sebarang panggilan termasuk panggilan kecemasan.

Kebanyakan pengguna telah beralih daripada menggunakan BlackBerry sejak keluaran terakhir sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 2013.

Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah menggunakan teknologi canggih itu.

Pada September 2020, BlackBerry telah mengumumkan bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk memberi tumpuan terhadap penyediaan perisian dan perkhidmatan keselamatan kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia di bawah jenama BlackBerry Limited.

Kebanyakan model BlackBerry telah menghentikan penjualan model telefon sejak 2016. Namun, tetap melesenkan jenamanya kepada syarikat OnwardMobility, iaitu syarikat peranti keselamatan bagi telefon pintar yang berpangkalan di Austin, Texas. Namun, peranti BlackBerry yang menggunakan perisian Android tidak terjejas dengan penamatan perkhidmatan ini.

Untuk makluman, BlackBerry juga dianggap telefon pintar premium dalam kalangan pengguna di Malaysia. Sistem permesejan BBM antara perkhidmatan paling popular sekitar tahun 2000 dan fitur yang paling popular adalah PING.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang BlackBerry tamat perkhidmatan mulai 4 Januari 2022! Cik Min tahu ramai di luar sana sememangnya mempunyai kenangan manis menggunakan telefon pintar ini dan kini ia akan tinggal sebagai memori.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *