BKM 2022 | Permohonan Bakal Ditutup

21/01/2022 by No Comments

BKM 2022, atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022 telah membuka tirainya pada awal Januari lalu, setelah kerajaan bersetuju untuk meneruskan program bagi membantu rakyat Malaysia dari sudut kewangan.

BKM 2022: Siapakah Penerima Manfaatnya?

Menjelang penutupan permohonan pada akhir Januari ini, Cik Min amat menggalakkan agar anda semua segera membuat permohonan secara online dan kemaskini segala yang perlu di sini.

Bantuan kali ini akan memanfaatkan sejumlah 9.6 juta penerimanya. Dengan harapan agar tiada satu pun yang terlepas daripada menerima sedikit sebanyak bantuan untuk membantu para keluarga, isi rumah, serta para bujang yang layak di seluruh Malaysia bagi tahun 2022 ini.

Tarikh-Tarikh Penting

BKM 2022

Berikut adalah garis masa berkenaan dengan permohonan BKM 2022 untuk panduan anda:

> 1 Januari 2022 – Permohonan baharu dan kemaskini maklumat dibuka

> 31 Januari 2022 – Permohonan baharu dan kemaskini maklumat akan ditutup

> Mac 2022 – Pembayaran Fasa 1 bermula

> Jun 2022 – Pembayaran Fasa 2

> September 2022 – Pembayaran Fasa 3

> Disember 2022 – Pembayaran Fasa 4

BKM 2022: Apa yang Perlu Dilakukan?

Jika anda masih belum mengetahui cara untuk mendaftar, mari ikuti langkah yang Cik Min sediakan ini:

1. Jika anda merupakan penerima bantuan BPR dan BKC sebelum ini, anda hanya perlu kemaskini BKM 2022 online, dengan syarat, ada perubahan info dan maklumat untuk anda update dan hantarkan di laman web ini.

2. Jika anda pernah menghantar permohonan BKC sebelum ini tetapi gagal untuk mendapatkan bantuan tersebut, sistem akan menganalisis permohonan anda sebelum ini SEKALI LAGI bagi menyemak kelayakan.

3. Jika anda berminat untuk mendaftar, namun sama sekali tidak pernah mendapat dan memohon BKC/BPR sebelum ini, anda bolehlah membuat permohonan baru BKM 2022 dengan mengisi segala butiran yang diperlukan. Hanya perlu klik sini.

Untuk syarat kelayakan pemohon, boleh rujuk rajah di bawah:

BKM 2022

Jumlah bayaran BKM 2022

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

1) B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

Tiada anak – RM1,000

1-2 anak– RM1,500

3 anak – RM2,000

2) B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850

Tiada anak – RM400

1-2 anak – RM600

3 anak – RM800

3) M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)

Tiada anak – RM400

1-2 anak – RM600

3 anak – RM800

4) Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500

Menerima sejumlah RM350

Daftar dan Kemaskini Segera

BKM 2022

Cik Min pasti, ramai sahaja yang sudah tahu tentang bantuan ni. Namun, pasti ada juga yang agak ketinggalan dan mungkin terlupa untuk kemaskini permohonan mereka. Jadi, menjelang penutupan permohonan BKM 2022 pada 31 Januari ini, marilah kita sama-sama check semula permohonan di laman web LHDN secara online, untuk mengelakkan isu terlepas pandang dan sebagainya. Semoga perkongsian Cik Min pada hari ini bermanfaat dan dapat membantu anda semua!


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *