Bekalan Telur Ayam Kembali Stabil
Krisis bekalan telur ayam dijangka kembali stabil di kebanyakan kawasan seluruh negara ekoran daripada inisiatif yang diambil kerajaan yang membenarkan kemasukan bekalan import dari india baru-baru ini.
Kerajaan juga telah memberi jaminan akan menyelia semula serta mengekalkan harga telur ayam di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur, 2022 ini boleh dimuat turun secara percuma di portal Jabatan Perangkaan Malaysia di sini.
Bekalan Telur Ayam di Sekitar Malaysia
Bekalan telur ayam di negeri Selangor kembali stabil apabila kerajaan meluluskan langkah sementara dengan membenarkan telur ayam yang diimport. Hal ini jelas memberi impak yang positif kerana berjaya menampung permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan.
Di Melaka, sebanyak 22 kes direkodkan yang membabitkan salah laku kepenggunaan di bawah pelbagai akta di bawah KPDN sejak 1 Januari lepas. Jumlah kompaun terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM4,800 dan denda RM250 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Hal tersebut merupakan satu langkah yang proaktif dalam membendung pihak tertentu mengambil kesempatan serta memastikan bekalan telur ayam kembali stabil.
Bekalan Telur Ayam Menjelang Tahun Baharu Cina
Pada 5 Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam bakal mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil maklum isu kekurangan bekalan telur ayam yang mendadak sebelum, semasa dan selepas cuti perayaan berlangsung.
Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kerisauan penduduk terhadap bekalan tersebut di seluruh negara yang juga turut dilaporkan oleh media tempatan dan sedang hangat diperkatakan di media sosial. Pemantauan yang berterusan akan terus dijalankan di setiap kawasan yang melibatkan pemborong, peruncit dan pasar raya.
Wajarkah Untuk Mengapungkan Harga Telur Ayam?
Pengusaha-pengusaha penternakan ladang ayam telah mendesak kerajaan untuk melaksanakan pengapungan harga bekalan dan memansuhkan skim kawalan harga telur ayam yang disifatkan sia-sia apabila Malaysia membawa masuk bekalan dari India yang harganya lebih mahal.
Beberapa cadangan telah diusulkan kepada pihak kementerian agar subsidi bersasar diberikan kepada golongan rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula.
Dalam waktu yang sama, rakyat juga disarankan untuk berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja sekiranya harga barangan makanan itu terlalu mahal di pasaran.
Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info tentang hal isu semasa yang melanda negara ketika ini. Diharapkan kerajaan dapat menangani perkara ini dengan kadar segera rakyat tidak merasa terkesan dengan ekonomi kini.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Bekalan Telur Ayam Kembali Stabil”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.