Beg Kecemasan Banjir

19/10/2022 by No Comments

Ingin tahu apa yang perlu ada di dalam beg kecemasan banjir anda?

Pada akhir September lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah pun mengeluarkan ramalan bahawa musim banjir bakal tiba lagi pada tahun ini. Mereka juga menganggarkan bahawa banjir tersebut akan bermula pada bulan November sehingga Januari 2023 nanti.

Andai kita mengamati peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”, maka kita juga perlulah bersiap sedia dengan menyediakan sekurangnya satu beg kecemasan banjir untuk setiap keluarga.

Jadi, mari kita pelajari tentang perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan beg kecemasan banjir ini, mengikut infografik yang dikongsi oleh akaun Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu banjir?

Banjir atau bah, adalah keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan atau tempat luas yang biasanya kering. Banjir ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda serta struktur awam seperti jalan raya dan lainnya.

Banjir boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah hujan yang berterusan, proses pembandaran, pemendapan sungai dan hakisan sungai.

Pemusnahan kawasan hutan tadahan turut menjadi punca utama yang mengakibatkan banjir juga tau! Akhir sekali adalah, sistem perparitan yang tidak terancang, tidak diselenggara atau tidak sempurna.

Apa itu Beg Kecemasan Banjir

Beg kecemasan, juga dikenali sebagai Bug Out Bag (BOB) ini merupakan salah satu beg yang digunakan untuk menghadapi sebarang bencana seperti banjir, gampa bumi dan tsunami. Beg kecemasan ini boleh membantu anda jika berlakunya isu seperti terperangkap atau terkandas ketika sesebuah bencana sedang berlaku.

Apa yang Perlu Ada di Dalam Beg Kecemasan Ini?

Sumber: The Prepared

‣ Kes dokumen kalis air

‣ Kit kecemasan

Whistle

‣ Lampu suluh

‣ Makanan tahan lama (high energy bar, kurma atau makanan yang mudah dibawa dan cukup untuk tempoh sekurang-kurangnya 72 jam (3 hari)

‣ Air mineral (Juga digalakkan untuk mendapatkan straw penapis air)

‣ Kit kebersihan (mask muka, pembersih tangan, lap alkohol, peralatan mandian)

‣ Radio mudah alih

‣ Wang saku

‣ Pakaian

‣ Selimut kecemasan

Emergency glow stick

‣ Pisau pelbagai guna

‣ Maklumat hubungan kecemasan

Nota kaki:

  • • Beg khas untuk anak kecil yang masih menyusu juga perlu disediakan secara berasingan.
  • • Pastikan beg kecemasan banjir anda adalah kalis air.

Cik Min berharap agar perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua bagi menghadapi banjir yang akan datang ya. Pastikan anda semua bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Jaga diri semua!

Nak dapatkan lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *