Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

17/12/2021 by No Comments

Anda semua ingin membuat pembayaran saman secara mudah? Mungkin anda boleh cuba bayar saman PDRM melalui mesin ATM! Baru-baru ini, bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Pembayaran saman bagi mendapatkan diskaun 80% ini boleh dibuat berdasarkan kaedah yang ditetapkan. Namun, cara yang paling mudah ialah anda hanya perlu menggunakan mesin ATM. Jadi, tak perlu dah bersusah-payah beratur di kaunter. Senang bukan?

Ikuti perkongsian tentang cara bayar saman melalui mesin ATM di bawah. Info yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

Tawaran Diskaun PDRM

Untuk makluman anda, diskaun saman PDRM ditawarkan sebanyak 80% sepanjang tempoh 31 Disember 2021.

Selain daripada membuat pembayaran melalui mesin ATM, anda juga boleh membuat pembayaran melalui kaedah berikut.

  • Di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.
  • Portal dan aplikasi mudah alih Mybayar Saman.
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank
Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

Cara Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

Berikut merupakan langkah-langkah pembayaran saman PDRM melalui mesin ATM.

1. Pergi ke mana-mana mesin ATM yang berhampiran anda.
2. Masukkan kad ATM dan nombor pin.
3. Klik Paybills.

Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

4. Tekan Pembayaran Saman PDRM.

5. Masukkan nombor IC/kad pengenalan anda.

Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM

6. Teruskan pembayaran anda. Maklumat saman berada di atas kad pengenalan serta jumlah saman akan dipaparkan. Perlu ingat bayaran saman perlu dibuat satu persatu.

7. Simpan resit untuk rujukan.

Done! Mudah kan? Cik Min harap artikel cara bayar saman PDRM melalui mesin ATM ini dapat membantu anda untuk membuat pembayaran saman PDRM. Jangan lupa kongsikan info ini dengan rakan-rakan ya?

Untuk semakan saman secara online, sila rujuk pautan di sini.  

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *